Thursday, March 31, 2011

The More You Give, The more You Get!

Salam pembuka bicara...
Jumaat penghulu segala hari ,maka marilah kita banyakkan berdoa & berselawat!

Sekarang ni tgh dok excited membaca buku2 motivasi diri.So nak share sedikit ilmu yg kalau kita amalkan, banyak manfaatnya.
Tahu tak kawan2 semua, lebih banyak kita beri/sedekah, maka lagi banyak yg akan kita dapat...ha, mesti tak percaya kan tp itulah hakikat sebenar yg kita tak tahu.

"Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah, malah rezeki/kesenangan akan mudah datang pada kita tanpa kita sedar...."




Sebenarnya tak susah kita nak buat, malah mendoakan orang lain juga dikira sebagai sedekah yg paling mudah.Begitu juga dengan senyuman.Buatlah sesuatu yg mengembirakan org disekeliling kita, maka banyak benda2 yg baik akan datang pada kita kembali.....tak percaya lagi!....Cuba senyum ! Apa perasaan anda sekarang?

Sering kita lihat di akhbar atau majalah atau artis2 sibuk nak buat kerja-kerja amal tu kan.Cuba kita berfikir sejenak, kenapa mereka nak buat semua tu?Begitu juga dengan syarikat besar2 spt MCD, KFC, Ariani dll semua tu meggunakan konsep yg sama...

 So apa lagi, mulakan nya dari sekarang dan lihat perubahan yg akan terjadi....

Adios










Wednesday, March 30, 2011

Dino's Alive- School break carnival

Bismillahirrahmanirrahim...pembuka bicara

School break is coming! Umi tengah fikir2 apa rancangan utk aizat,zara & aghib.Hope aizat will enjoy his school break kali ni.Ingat nak hantar balik jengka, tapi dah terlepas sudah....Ayah ada seminar on 12 mar ,sabtu lepas for the whole day.Wow , seminar Dr Azizan .So, terlepas lagi majlis kawin member belajar dolu, Aida kat sungai siput.

This is the first time we all jejak kaki kat Pusat Sains negara.Kalau nak pergi sana from klang, better u all ambil NKVE sahaja then ambil exit Damansara. Bayar tol.......Then you all cari la sign board Pusat Sains tu on ur left or TTDI ,KL.Area sini, so far boleh je redah, agak familiar dgn jln area sini.X da la sampai makan buah langsat....**sesat

uih! so crowded, mostly all come with famili member
 
so lively, dino ni siap ada bunyi,bergerak2 cam hidup!Budak kecik mmg takut tgk ni termasuk le si aghib
well, this place is quite interesting for all my kids.Mana tak nya, mula2 sampai pun aizat,zara & aghib terlalu teruja dgn ikan2 dlm akuarium kat situ.Yup we all pun semua teruja, memang nice view entrance di situ coz aquarium nya jd entrance. Aghib yg mmg suka dengan fish ni langsung tak nak berganjak dr situ.

i'm so excited~ Aghib

umi, saya dah berjaya cipta telefon..


bereksperimen lagi, nanti aizat & zara leh jd engineer/arkitek gitu

Monday, March 28, 2011

Dorm A,Aspuri dalam kenangan

Alhamdulillah , anak2 semua dah sihat dari demam.Zara pun baru je keluar wad kat SKMC. Risau jugak sebab sekarang ni musim demam.Kalau last shool holiday, seminggu tu memang panas memanjang...sekarang ni dah start asyik hujan jer.Memang cuaca begini anak2 umi galakkan pakai stokin yer. Nak elak selsema cara paling mudah le tu.



cantik kan kalau buat hiasan kat rumah

Dari semalam asyik dok teringat dekat mak di kg.Hope dia makin sembuh dr peningnya.Ya lah, makin mengenjak usia, terasa diri ni makin rindu pada kampung halaman....kalau boleh, nak habiskan masa dengan orang tua jer..ye la.Start dari form 1 dah mula duduk hostel....

Dolu Umi Imi antara A star student yer..UPSR dapat 4 A, membanggakan mak &  abah masa tu.Umi selalu dapat anugerah2 ni.Masa darjah 3 kalau nak tau, siap dapat sijil pelajar terbaik Tahun 3 dr kerajaan negeri pahang masa tu.Wah memang membanggakan...alhamdulillah, semua tu sebab kerajinan umi, kira nya Umi ni memang ala2 book worm gitu..hehe
Lps tu masa tunggu offer dari mana2 sek. men, sempat la amik lesen memandu...wah satu lagi kemajuan dalam hidup!

Umi Imi dapat offer dr Asrama semai bakti,KL.Tu tempat kebanyakan anak2 Felda yg bagus2 ni dapat offer.Masa tu ditempatkan kat sek Aminuddin Baki, K.Lumpur.Tu antara sekolah yg top masa tu selain Convent bukit nenas, Sek Jln Cochraine dan St Mary.Semua budak2 citu mmg dasat2 nyer result diaorg.Boleh dikatakan sekolah elit masa tu.

Sempat seminggu je duduk kat asrama dia,sebab masa first day nak ke sekolah, mak & abah datang ambil umi dr asrama tersebut.....reason nya, mak selalu sedih mengingatkan anak nya yg jauh di KL.Last2 Umi terus balik tanpa sempat babai2 pd rakan2 se dorm yg masih belum kenal sepenuhnya.
Tapi tu lah ketentuan Nya, akhirnya Umi dapat offer di S.M.K.A Tengku ampuan Hjh afzan, jerantut Pahang.

Nak imbas sikit cerita dolu2: Mula2 sampai hostel Aspuri S.M.K.A tengku ampuan hjh afzan ni, apa yg paling aku ingat, kakak2 senior dgn ramahnya menyambut junior2 kat depan pagar aspuri tu.Mula masuk hostel dapat Dorm A, tingkat paling atas dan betul2 berdepan dengan Aspura. Kira kalau duduk kat koridor tu akan nampak ler student lelaki nyer hostel...Paling leceh mula2 duduk sini, ye la, kuar jer dorm dah wajib pakai tudung!.Tapi lama2 dah jadi kebiasaan.

gambar masa form 1 ibnu Hazim 1991

Paling tak boleh lupa, peristiwa gempar jelmaan2 yg suka ganggu budak pompuan.Masa tu sibuk la kakak2 cite yg ternampak TAR(tengku ampuan Rahimah) kat dlm cermin la tengah2 mlm, nampak kat hos bomba la...eee...seram! Dah le kite ni baru jerk nak sesuai kan diri dgn keadaan hostel...dugaan dlm mencari ilmu...

apapun Alhamdulilah, sekolah ni sebenarnya yg terbaik buat Umi.Dapat belajar banyak ilmu:

ILMU DUNIA & AKHIRAT


Musim Demam melanda

Wah alhamdulillah...dah ramai kawan baru!....nanti lepas ni nk g jenguk semua rumah2 blog kawan2 baru ni semua...thanks to you alll....salam kenal dr Umi Imi...hehe..

Last friday, waktu ambil Aghib dr nursery, terkejut gak bila rasa badannya...panas semacam. Ya Allah demam pulak anak umi yg sorang ni.Last week hampir seminggu gak zara masuk SKMC.er...dlm bln ni ajer, dah byk umi amik cuti El sebab jaga anak2. Tapi tak pa lah asalkan anak2 semua sembuh kembali .Tak kisah la selalu cuti...er, ofis tak kisah ke klu aku selalu amik El ni...nanti kang, tetiba dapat show cause letter lak.Tapi so far semua nya berekod & beralasan kukuh kan...tak kan diaorg nak marah pulak.


just to share, buku Umi Imi baca sekarang!
agak2 nyer apa yg korang buat bila anak2 /adik2/anak menakan korang demam? so di sini nak kongsikan apa yg perlu kita buat bila budak2 kecil demam:

1.make sure kepala diaorg selalu dibasahkan dengan air/ org kampung panggil 'jelung' kepalanya dengan air sejuk.Kalau nak lagi bagus, campurkan asam jawa dgn air then, lapkan kepala diaorg dgn air tersebut.Lagi satu, kalau ada daun bunga raya pun boleh.Ramaskan daun bunga raya bercampur dengan air sampai keluar lendir,  dan buat perkara yg sama spt di atas.
2.Selawat sebanyak yg mungkin, dan setiap kali lepas selawat tu, tiup pada tapak tangan, dan usapkan tapak tangan pada setiap anggota badan yg panas tu.Selain selwat boleh juga di baca surah Al-Nas, 'qul au' zubirobbinnas'.Sambil tu niat dalam hati moga Allah sejukkan badan budak tu.
3.Ubat demam, ni 1 kemestian,kalau u all bawa budak jumpa doc. ni mg dah jd kemestian.antara yg jd pilihan hosp. pakar ialah panadol kanak2 tu...perisa oren pun ada.Yg ni anak2 akak pun suka tau...so boleh wat stok ubat batuk dlm freight masing2.

4.Ubat bontot...alamak apa nama saintifiknya pun x tau.yg pasti kalau demam terlalu panas sgt badan, doc. akan bagi ubat ni melalui 'tut' tu yer. Ubat tu sensitif dgn suhu bilik, so kalau nak simpan make sure masuk dalam freight yer.Gambar tak sempat lak nak snap!

Zara @ Sri Kota Medical Centre

apa pun, dalam suasana suhu yg terik camni Umi Imi nak kongsi gak tips2 utk sejukkan badan memasing.Ni semua petua yg senang di buat sendiri.Amat sesuai di amalkan oleh adik2 kite yg berpanas2 tu lepas balik dr sekolah kan....yg sesiapa selalu bekerja tengah2 panas semua tu! ops termasuklah buruh2 halus ke...buruh kasar ke...engineer ...technical assistant!...tukang cuci jalan...erk?

Tips1: buatkan air sirap/ teh 'o' / ape2 air yg penting , perahkan limau kasturi atau limau nipis di dalamnya.
setahu Umi Imi, limau adalah agen penyejuk badan semulajadi..kalau di amalkan selalu ,InsyaAllah suhu badan dapat di kawal..

Tips 2: Yang ni kena rajin cikit.Kenal kan dgn biji barli...rupanya ala2 biji gandum, so jgn tertukar yer...kalau x kenal , pergi kedai tu...ckp nak biji barli, sure tokei tu tau punya.So barli ni perlu direbus dahulu sampai kembang/pecah2 sikit. Air rebusan tu boleh la di bancuh dgn air gula sebagai minuman.Biji2 barli pun boleh di makan begitu je...sedap weh bila ditambah ais & memang menyejukkan badan.

Tips3:Pastikan baju yg dipakai tu jenis kainnya dr cotton.Yer, cotton penyerap peluh yg baik dan paling sesuai untuk cuaca panas.Ini rasanya semua tahu.So ,apalagi ni la masanya utk anda bergaya dgn baju2 cotton kegemaran


Thanks sudi baca,hope dapat pelajari sst dr Umi Imi....

Sunday, March 27, 2011

GEGAR BLOGGER BARU

Sememangnya saya blogger baru! tak caya cuba tengok follower saya...1 je...tapi tak pe, sebab kita baru bermual nak berkenalan dgn rakan2 maya sekalian...sudi2 la jadi teman saya ok.
Ni ada segmen yg memang menarik utk blogger2 baru join. Hope dapat join kali ni....sebelum ni dah terlepas peluang nak join.

Gambar ni menarik, sebab nampak cool je kan. plus sempoi!
kalau ada rakan2 semua nak join klik di sini yer...-->

Saya mem blog ni sebab nak capture kalau boleh every moment happend dlm hidup saya terutama pasal anak2 yg sedang membesar...Hope satu hari blog ni jadi rujukan they all bila besar nanti...agar sejarah keluarga tu tertulis di sini..wah besar jugak harapan aku tu yer...tapi ye la mana tahu, 50 tahun lagi semua tulisan2 ku jadi rujukan anak2/cucu2 /cicit aku kan...

apa pun en.Ben, sudi2 lah menjenguk blog saya yg tak seberapa ni...Syabas to you sebab organise segmen2 sebegini...

Monday, March 14, 2011

Mengundi Sambil Bercuti

Lepas kerja hari jumaat lepas, masih teragak2 nak balik kg ke tidak. Last2 suami cakap jom je la balik....Oh ok, bukan paksa dia balik kg aku pun kan.Tiap kali nak balik kg selalu nya dia yg excited lebih dr aku...ok la tu sekurang-kurangnya tak perlu ler nak merayu dia tiap-tiap bulan..."Bang, jom bali kg...budak2 dah rindu kat Aki & Mok"...

Cuti kali ni berbeza sikit....semua adik beradik ada: umi+ famili, Acik+famili, Mok teh + famili, Pok de (mok de x da lagi, pergi triang), Pok long+ famili ...tapi Mok Su Yah takde , bercuti/motivasi kat Kuantan dengan rombongan sekolah dia.


 
Balik kali ni sempat la round kg jengka, bukan apa, saja nak meriahkan/menjenguk suasana mengundi kat sini.Memang meriah sesangat.Semua menteri/MB/PM seme pakat2 turun. Habis glamer jengka 23.Tiap-tiap hari ade je berita dalam radio, paper malah buletin utama pon buat liputan kat sini gara2 pilihanraya kecil DUN Kerdau.