Sunday, November 27, 2011

Awal Muharam, apa azam baru ku..

 Alhamdulillah,

masih sempat menyambut tahun baru. seperti tahun sebelumnya, tiap kali masuk jer tahun baru.masing-masing pakat dok berazam benda baru...tapi sedarkah kita, selain dr azam benda baru, kita juga kena selidik samada azam tahun2 yg lalu sudah dicapai atau masih tinggal azam sahaja....er, peringatan untuk diri sendiri juga.oh, ni antara azam tahun baru aku yer...rakan2 pula bagaimana? jom kita share AZAM TAHUN BARU 1433 HIJRAH:



moga satu hari nanti,pasti tercapai semua azam & impian!

1.nak pastikan solat di awal waktu (juga galak anak2 rajin&suka bersolat)
2.lebih banyak bersabar, bknkah sabar itu sebahagian dari iman.
3.lebih banyak senyum & tenang
4.didik anak2 menjadi lebih positif dlm kehidupan
5.aku akan lebih kuat hadapi tekanan & cabaran hidup
6.lebih banyak masa akan dihabiskan utk menambah ilmu,terutama mendalami Al-quran
7.Tahun ini aku akan menjadi orang yg lebih berjaya dalam kerjaya mahupun rumahtangga.
8.income sekurang-kurangnya 10k sebulan,pasti dalam gengamanku..
9.akan dinaikkan pangkat? pasti berlaku & aku percaya, aku boleh lakukannya!
10.lebih dikenali kerana ilmu, bkn kerana lagak sombong & perkara2 yg kurang elok.
11.makin Istiqamah dlm setiap apa yg ku lakukan, moga dlm redha Mu ya Rabb
12.memiliki bisnes yg luar biasa sambutannya.....
13.Meluaskan empayar perniagaan ke seluruh dunia!
14.sponsor mak& abah menunaikan haji buat kali ke-2 they all ke sana
15.memilki banglo di tanah sendiri,untuk istirehat di hujung minggu
16.memilki beberapa siri rumah sewa di kg halaman....
17.berpindah ke rumah baru yang lebih besar dan selesa
18.memiliki sebuah lagi kereta idaman..... slyphy/camry/vios/myvii extreme...no plate BLxxxxx. utk memudahkan aku vrooom kehulu-ke hilir
19.bercuti bersama famili tercinta ke pulau idaman: pangkor laut/perhentian island
20.lebih cergas bertenaga & sentiasa awet muda....
21.......to be continue**

Monday, November 14, 2011

Patah tumbuh, hilang berganti..tapi tak kan sama

Bismillahirrahmanirrahim...

Semoga hari ni, kita menjadi insan yg lebih cemerlang berbanding semalam.Entah kenapa, hari ni aku jadi amat-amat emosi. Sampaikan masa buat entry ni pun aku masih syahdu...Lagi beremo bila baca entry sahabat masa sekolah di TAHAP dulu tentang berita kematian seorang sahabat uni. nya.Meninggal di saat melahirkan anak ke-3, puterinya juga tewas tanpa sempat mengenal dunia...

Terus aku terbayang-bayang kan wajah seorang sahabat Uni. aku dulu. Lebih kurang la kesnya.Dulu sama-sama duduk kat desasiswa Aman. 2 tahun juga aku kenal arwah Zu.Time tu, siapa tak kenal dgn dia. Orangnya tinggi lampai bak model,asal nya orang Sg Petani, Kedah kalau tak silap aku.Peramah sgt. Rupanya dia ada sakit teruk lepas kahwin.Aku sempat pergi time kenduri dia dulu.Time pregnant anak ke-3 juga, dia sakit sampai koma. Kena hospitalised sampai la anak selamat di operate keluar. Tapi arwah tak dapat diselamatkan time tu. :-(

Aku jadi sedih bukannya apa, tak dapat bayangkan bagaimana perasaan anak-anak yg masih kecil itu di tinggalkan...Apa sangatlah yang diaoramg faham. Memang mati itu pasti, kalau lah itu yang berlaku pada aku saat ini, aku terlalu kasihankan anak-anak...

Semalam pun aku MC sebab x berapa sihat.Kurang rest & tido, menjaga kakak yg asyik batuk-batuk tengah-tengah malam. Aghib tiba-tiba badannya start panas-panas. Zara pula terbatuk-batuk , kahak nya masih banyak.Tapi alhamdulillah, kakak dah sihat hari ni. Abang pula agak dedar je badannya masa Umi hantar ke tadika. Wahai anak2 ku, jika kau tahu, betapa kasih nya Umi pada kalian, nescaya korang semua akan dengar setiap cakap Umi kan!

Wahai anak2 ku, walau apa pun yang berlaku, Umi tetap sayangkan korang, selagi nyawa Umi dikandung badan.Anak2 ku, penguat semangat Umi untuk terus berjuang...

Bila rasa teringat pada abang,kakak & adik, umi hanya mampu menatap gambar2 sementara menunggu jam 5 petang. Hari ni Umi plan balik awal sikit yer sayang!


Thursday, November 10, 2011

I-City, apa yg menariknya?

Lately, dah banyak aktiviti /event yg di buat sekitar kawasan I-city ni.Well, pada yang belum menjejakkan kaki kesana, sure tertanya-tanya....apa menariknya kat sana kan. kat sini Umi  imi nak kongsikan sedikit rakaman gambar yang vogue ni untuk tatapan siapa yang sudi menjenguknya. Jom kita terjah!


Oh, Aizat & Danish jadi model Phineas & Ferb's pula.Sempat join launching & promotion by ASTRO



Sekitar bazar Ramadhan 2011




Jangan tak tahu, di I-city juga ada reptile zoo. Ala -ala mini zoo, banyak juga haiwan reptile, burung kakak tua, er..iguana & macam-macam jenis ular. Siap boleh bergambar lagi dengan semua haiwan tu, tp kena bayar ok.Untuk anak-anak memang tempat ni menarik especially sebelah malam. Lampunya memang superb, siap dibentuk jadi rusa, lembu, zirafah ,pokok-pokok dan macam-macam lagi lah.

Kalau dulu sekali masuk kena bayar RM10, tapi sekarang rasanya dlm RM5 je. Tapi kan nak nasihatkan korang la, kalau nak ke sana , make sure poket penuh. Banyak benar mainan lip-lap-lip-lap! mahal pulak tu..kalau anak tiga, paling kurang RM 30 utk mainan saja tau..