Sunday, July 24, 2011

Aku jadi artis...

Salam pembuka bicara..

Bulan Sya'aban dah hampir habis, sudahkah rakan-rakan sekelian meng Qada' puasa yg lepas. Kalau belum, masih ada masa lagi kan,lebih  kurang seminggu dari sekarang Ramadhan dah menjengah. Dari minggu lepas, agak sibuk menyiapkan apa yang perlu ,paling tidak, ramadhan nanti boleh tumpu pada ibadah pulak kan (ni azam tahun ni, insyaAllah). Dalam berkira-kira nak berpuasa ni, sempat lagi aku berniat nak sediakan lauk-pauk penambah selera terutama nya waktu sahur nanti...rasanya yang paling laku dan berselera untuk sahur ni tak lain tak bukan......sambal kering ikan bilis + serunding daging/ayam + sardin + stok telur+ nugget + burger....erk! ni bunyi macam lauk orang-orang yang tak berapa nak rajin (tak baik cakap direct, nanti jadi doa kan)



makanya esok lusa dah boleh la mula meng stok barang keperluan semua tu kan. Sebenarnya tiada masa untuk berceloteh panjang dalam masa weekend yang terhad ni,cuma nak luahkan rasa teruja masa jadi artis...
Jangan tak tahu, part time aku ni..., dan satu hari silap-silap jadi kenyataan & bukan lagi angan-angan kan...


(masalah nya tak pernah berangan pun...erm, cuma perasan glamor jer)



kopi ni memang power, tak percaya, boleh cuba!


zas korang semua

itulah sebenarnya yang nak di ceritakan, kita cuma tumpang glamor artis la...anyway, bro Afdlin (panggilan manja Lin) memang sporting! korang nak jumpa dia ker...

mak & abah tak jadi datang melawat anak-anaknya, so hopefully kita dapat jumpa Ramadhan nanti..semoga semua sentiasa ceria...

Tuesday, July 19, 2011

Wanita Malaysia tertekan!

Alhamdulillah, aku masih bernafas di bumi Mu,


Masih dapat menatap wajah setia suami, wajah manja~ nakal anak-anak umi, masih menghirup udara bersih, masih ada rumah yang aman , masih ada insan-insan tersayang, masih ada permata dunia ku : abah & emak. .


Berita hangat pagi td pasal  Wanita Malaysia pada kedudukan yg ke-16 di dunia paling tertekan..uikh agak memeranjatkan tapi bila jeling kanan  & kiri, rasanya memang tak pelik fenomena ni..Tengok situasi pagi-pagi kat jalan tepi MPK tu pun aku rasa gerun nak drive..masing-masing terkejar-kejar ke tempat kerja.Ramai kaum ibu sekarang ni terpaksa bekerja walaupun kalau di ikutkan diaorang lagi suka duduk rumah ,jaga anak, jaga perihal suami & jaga hal jiran tetangga ( bukan mengata ok).

Erm, aku termasuk kategori mana satu? ;-P   Masing-masing ada sebab tersendiri kan , tapi bila rasa tertekan cuba tarik nafas panjang-panjang & release nafas perlahan-lahan sambil ingat dalam hati, "INI SEMUA DUGAAN HIDUP SEMATA-MATA, KEPADA NYA JUA LAH TEMPAT KITA DIKEMBALIKAN."


Semalam baru terima call dr mak, mak memang akan call bila anak dia yg sorang ni tak call dia selama 2/3 hari.Sebab selalunya selang sehari dua, aku pasti bertanya khabar mak & abah di kampung.Memang dah jadi acara wajib, setiap bulan aku pasti bawa anak-anak balik Jengka.dioarang pun dah start rindu suasana rumah kampung, aku pun sama ..;-) ikh, memang home sick aku tak kan habis selagi hayat di kandung badan...itu tanda nya ikatan kekeluargaan ku memang erat.Alhamdulillah berkat kesabaran mak & abah menjaga kami 6 beradik..



suasana yg sangat meriah bila berkumpul







MAK!

 jasamu tak dapat kubalas
walau berjuta duit ku beri, walau nyawa yang aku gadaikan....tak kan mungkin jasamu dapat ku balas
kedut tua di mukamu, buat aku makin sayu....
namun ketabahan & kesabaran mu tak dapat ku tanding
menjaga aku siang malam , tika aku masih kecil....dididik & dibelai manja..
telatah & gelagat, perangai kami berenam bukan sedikit...

kini aku makin dewasa....baru ku mengerti erti pengorbanan mu
kerna aku juga seorang ibu...
Moga aku mendapat kekuatan mu , dari saat ini & hingga akhir hayat ku....


~luahan rasa seorang anak

Tuesday, July 12, 2011

Rindu Kampung ...

Salam,

Bila dah bln 7 ni, terasa sangat masa cepat berlalu...hari-hari dalam kol 6 pg, aku dah bangun, siap mandi semua,  buat air utk suami & anak-anak  (bfast selalu aku beli je) kadang-kadang sempat gak la buat yg simple cam nasi goreng ke, mee goreng, sandwish yg selalunya anak-anak tak berapa suka nak makan.

Memang dah biasa la bg mak bapak yg bekerja, anak-anak kena tinggal, terpaksa la sayang... Umi dan ayah cari duit untuk kita semua...Kadang-kadang tak sampai hati tengok muka diaorang pagi-pagi dah babai umi..Abang Jat umi hantar awal sikit, ye la alang-alang nak ke tempat kerja leh sekali lalu je ke tadika dia tu.Tu pun lepas kena paksa ambil bfast plus segelas air milo.

Selalunya Aizat ok jer nak ke sekolah, means tak perlu la beria-ia nak kejut bangun semua tu,dia ada kesedaran sendiri la. Good boy. Tapi paling sedih dengan Zara & Aghib.

Zara: umi, kakak nak balik rumah Ki la, kakak nak duduk dengan Ki, Umi kerja la jauh-jauh
Umi: ok, kakak nanti kita balik kg yer (huhu syahdu dengar cakap kakak)
Aghib: Umi, adik nak ikut umi...
Umi: Tak boleh la dik, Umi kena kerja...nanti umi ambil adik kat sekolah yer

kalau anak-anak aku sendiri pun rindu kat kg, inikan pulok maknya.Ye lah aku faham perasaan anak-anak.Kalau boleh diaorang tak nak aku kerja, boleh diaorang stay dengan umi kat rumah.Boleh demand itu ini...boleh minta coklat..boleh minta air macam-macam jenis, bak kata kasih ibu tu tak boleh di sama kan dengan kasih yg lain. Ye , kasih Umi pada anak-anak kasih sejati...


Zara yang cantik!

Tapi buat masa ini sabarlah sayang semua, doakan satu hari nanti Umi berupaya untuk tidak bekerja ( tapi ada sumber pendapatan sendiri) dan mampu hidup mewah dan lebih baik dari sekarang...Insya Allah, kita kena la percaya kan, rezeki yang Allah bagi tu maha luas...tapi kena la usaha lebih sikit kan...


Erm, siapa pulak mamat sorang ni yer, bila lihat gambar ni, teringat kembali kisah-kisah waktu masa sekolah dolu-dolu...hihi, next time aku cite balik siapkah jejaka istimewa di atas.


Monday, July 11, 2011

Semangatku membara

Tip pilihan: Dua cara mencapai cita-cita!


Terdapat dua cara sahaja dalam mencapai cita-cita. Cara berjalan & cara berlari...

1) Berjalan...
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat... esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi...Oh, aku tak mahu jadi camni!

Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat...

2) BERLARI!
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri... Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
 
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!
Yesz....aku bersemangat....hari ni hari yg terbaik bagi diriku, moga-moga hari esok ,hari yg lebih baik dari semalam....Aku yang terbaik. Memang penat berlari, tapi aku pasti sampai dulu!


MASSIVE ACTION = MASSIVE RESULT
NO ACTION = resultnya.....ZZZZZZZzzzzz

Wednesday, July 6, 2011

Colour code to avoid

Salam,

hah, bila baca title, mesti ada yang tak faham kan, colour code apa....kan sekarang ni warna-warna sensitif ni cuma yg berani guna golongan di raja jer. Yelah, mana-mana tempat you all pergi sekarang ni kena aware sikit, especially untuk mamat-mamat motor tu. Yer, roadblock sekarang ni mana celah pun mesti ada. Erm, ada baiknyer juga buat roadblock banyak-banyak macam ni, rasa la macam selamat sikit, tapi ......ada tapinya dan ada keburukan di sebalik situasi ini sekarang.


Cuba you all bayangkan  dalam kelam kabut nak ke tempat kerja pagi-pagi yang tak berapa buta tu, tiba-tiba jem kat depan sana. Berderet-deret kereta semua stark dalam  jem, malah kadang-kadang tu, sampai eksiden pun ada disebabkan emergency break....Semuanya gara-gara ada nya road block.. I pasti you all mesti angin punya kan. Walaupun boleh bersabar, tetapi kejadian - kejadian camni boleh menyebabkan banyak benda berlaku. Belum lagi masuk pekerja-pekerja ofis yg sure lambat ketuk punch card...Anak-anak lambat sampai sekolah....sampaikan ambulans pun tersangkut, kesian kat patient dalam tu kan, lambat sampai hospital.

Kalau you all baca paper , banyak news pasal tangkapan dan rush yang dibuat malah banyak juga laluan jalan di tukar...so untuk menjawab title di atas, colour code to avoid at the moment is YELLOW.
Sorry... Tak Cukup MASA!
"Tak cukup masa"... "sibuk sangat"
Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.
Anda pernah tak guna alasan ini?  Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis email kepada anda- walaupun sememangnya saya sibuk :)
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa. Perlu ingat, semua orang mempunyai masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Ianya bergantung pada setiap individu bagaimana hendak membahagikan masa mereka.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

My inspiration!

Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa?  
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%! Ambil pen, dan kertas, dan tuliskan apa yang anda perlu lakukan hari ini/minggu ini/bulan ini besertakan deadline sekali.
Berhenti dari menggunakan perkataan "Tak cukup masa" atau "sibuk sangat" dari penggunaan anda. Oleh kerana pada hakikatnya, memang semua orang kalau ikutkan "Tak cukup masa". Anda perlu mula mencari masa untuk melakukan perkara-perkara yang produktif .
Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!


Sebab itu lah agaknya ya adanya pepatah melayu, MASA ITU EMAS!  ;-)