Tuesday, September 20, 2011

Salam Aidilfitri Yang masih terasa..

Walaupun dah hampir seminggu start kerja selepas seminggu lebih berhari raya sakan tahun ni, bahang Aidilfitri masih lagi terasa di mana-mana. Weekend baru ni pun, me & famili memenuhi undangan open house yg dalam sejarah. Start seawal 8.30 pg hingga ke 10 mlm ! Last minute terpaksa join rombongan meminang bg pihak sepupu hubby ,so kami jadi ahli bg rombongan pihak lelaki la. Seawal pagi dah bersiap utk sampai ke Aman Perdana, beraya & bersiap-siap & membelek-belek barisan hantaran yang serba kuning /cream di situ...Majlisnya di Sg Buloh, Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hampir pukul dua, majlis selesai dgn jamuan makan, lauk -pauk nya pun sedap termasuklah kari kambing, ayam masak pedas, ulam-ulaman , kuih-kuih tradisi serta kek-kek coklat moist yg comel.

Dah menjadi trend sekarang, majlis tunang pun meriahnya macam kahwin, lagi-lagi pihak perempuan majlis tu utk 3 orang anak perempuannya bertunang pada hari yg sama, cuma majlis jer slot nyer lain sesi.


sempat beraya di Bukit Tinggi....Colmar Tropicale...

 
Raya kali kebanyakan kita sempat buat macam-macam aktivitis....maklumlah cuti agak panjang, so aku pastikan cuti ni amat bermakna buat anak-anak, cuba bawa diaorang ke tempat -tempat menarik selagi sempat la..

Paling seronok mestilah anak-anak Umi, rezeki diaorang memang murah, duit raya je hampir RM 300 seorang....uiskh, beraya sakan diaorang dengan baju baru yg diaorang excited sangat nak pakai waktu Ramadhan lalu.

Meriahnya Syawal kali ini,tak dapat di gambar dengan kata-kata... harapnya tahun-tahun akan datang , aku masih berkesempatan utk merasai nya lagi  dan lagi dan lagi selagi hayat dikandung badan....Amin.