Wednesday, December 28, 2011

Mana CF untuk rumahku?

Pagi-pagi on the way ke tempat kerja, http://www.ikim.fm/ utarakan pasal rumah terbengkalai..Alahai, kenapa la masalah camni masih wujud di bumi m'sia ni. kan ramai para ilmuwan & cerdik pandai, yang berpangkat besar-besar , patutnya isu seperti ini telah lama di selesaikan. Kalau baca paper, atau tengok Buletin utama semalam, 8 tahun beb, tunggu rumah untuk  dapatkan kunci! Alih-alih sampai la ni pun belum dapat lagi..Siapa yang tak bengang kan, sabar pun ada had & masa serta keadaan kan. Kalau tak silap kita, tiap rumah yang nak dibuat tu, developer kan istihar bila jangkaan rumah akan disiapkan, so dalam kes ni, tak boleh la nak salahkan pembeli je.

Patutnya pihak berwajib perlu ada garis panduan baru untuk developer & pembeli rumah, maybe bank patut hold payment kpd developer hingga rumah dpt CF, atau ada cadangan lain yang perlu dan memuaskan hati serta paling penting tiada pihak rasa dianiaya.Kekadang banyak developer, bila dpt payment terus hilang, rumah nya lum nampak tiang lagi.Yang sesak dan gundah gulana pembeli juga yg terpaksa bayar interest & ada yang dikejar pihak bank dan ada juga sampai di isytihar muflis!


rumah idaman ke-2

Huhu, rasa sedih dan kesian dengan nasib rakan-rakan yang terlibat di luar sana. Sebab kita pun owner pada sebuah rumah idaman! perasaan itu memang perit untuk ditanggung lebih-lebih lagi yang dah beranak -pinak.

Apa pun moga keadilan akan tertegak di bumi tercinta ini.
Oh banjir melanda lagi di daerah Kelantan, terengganu dan Perak, seram juga tengok cuaca macam tu yer..

Monday, December 12, 2011

Kenduri & Cuti sekolah~ very command

Bila bercerita pasal kenduri kawin, time cuti sekolah ni memang jadi favourite pengantin utk buat kenduri.Maklum sajalah, katanya senang sedara-mara nak datang bertandang.Kalau yang jenis bergotong-royong memasak lauk-pauk, katanya senang nak lantik jiran tetangga ,sedara mara untuk jadi penanggah & rewang-rewang.Apapun pandangan ,masing-masing ada Pro & Cons bila wat majlis time cuti sekolah ni kan.
Anyway ,aku tumpang gembira pada semua bakal-bakal pengantin & juga bakal-bakal mertua, ye lah dah bakal dapat ahli baru.Tahniah buat semua pengantin!

Moga semua berbahagia hingga akhir hayat.Amin








Thursday, December 8, 2011

Bye Bye Tadika

Cuti sekolah dah hampir masuk minggu ke-3, anak-anak sekolah la yang paling bahagia saat ini.
Ada yang menghabiskan masa cuti ikut kem-kem motivasi, kem jati diri. Ada juga yang bercuti habiskan masanya di kampung sambil-sambil melawat atuk & nenek, sedara mara serta sepupu sepapat.Si aizat pun kali ini,bagi memenuhi impiannya, kami hantar dia balik kampung.Katanya abang tak nak Umi & ayah bekerja, so what do you aspect my dear?...Umi tahu ,abang bosan dengan rutin harian right.So that's why Umi & ayah send you to stay at Kampung Jengka for about 2 weeks only. Tak leh la lama-lama coz next week nak ajak abang gi holiday to Teluk batik & Penang.....huhu...

Bercerita pasal kampung, terus jadi homesick...huhu.Lagi-lagi musin buah macam ni,teringat kat rambutan depan pangkin dekat dapur mak, durian isi kuning dekat dusun buah belakang kedai abah, cempedak di luar pagar kat rumah arwah Pak Nuh, rambutan gula batu belakang rumah mak, rambutan kuning rumah Bapak,buah dokong dusun rumah Mek kat Paya Jauh, pisang nangka goreng yang mak masak.Bak kata orang, suasana kampung tu lagi manis dengan suasana bandar yg sesak & hiruk pikuk ni.nak buat camna, aku ni orang kampung walaupun nampak aku ni cam budak metropolitan...haha.






You all tengok gambar pokok pisang ni, menarik kan.Sekarang ni banyak sangat benda-benda pelik yang berlaku.Perangai manusia pun banyak yang pelik-pelik. Inilah hakikatnya kita perlu terima bahawasanya, dunia dah makin tua, dunia dah hampir ke penghujung usia,dunia dah tak mampu tanggung dosa-dosa & kerosakan yg dibuat manusia. Semua ini adalah tanda-tanda kecil kan. Cuma bila dah datang tanda-tanda besar itu, maka waktu itu tiada apa yg manusia dapat lakukan.Maka marilah kita bermuhasabah diri kita, sebelum datang waktu yang dijanjikan itu...**Mood Insaf di pagi Jumaat