Monday, January 16, 2012

Trip Bumi Kenyalang

Actually trip ni masa cuti sekolah baru-baru ni.Disebabkan masa yang suntuk untuk kerja-kerja edit gambar, maka entri terpaksa di tunda sampai sekolah dah di buka.Maklum la, masa cuti sekolah, asyik merayap ajer, so lepas ni banyak nak share dengan semua gambar-gambar trip sepanjang cuti yang lepas.

Kali ni nak share fotoshoot yang sempat di buat masa di bumi kenyalang..tapi yang tak bestnya, kami 1 famili terpaksa cancell trip ni atas undangan 'Hari Konvo' tadika elit soleh Aizat.Konvo jatuh hari yang sama sepatutnya kami fly ke sana pada 28 Nov 2011. Apapun, ni foto-foto ori oleh famili Imi termasuklah FIL+MIL, SIL+famili serta adik ipar.Trip ni amat spesial sebabnya tiket tu di sponser sepenuhnya oleh MIL tercinta! Tiket MAS ok...tak de rezeki tuan rumah kali ni..

Pada yang nak merasa bergambar dengan 'Kuching' tu sambil-sambil bercuti @ urusan kerja, bolehlah book awal-awal tiket Air asia ke sana, jimat belanja.Banyak juga tempat-tempat exotic yg boleh korang lawat.Yang sedihnya, sampai sekarang tuan rumah tak pernah jejak kaki ke bumi kenyalang..Anyway,enjoyz the pic..


Rumah Bidayuh


Pokok periuk kera


penghuni sungai rejang


Orang utan in real life habitat


MIL & FIL tersayang


SIL with happy famili


 Nantikan pantai yang sangat cantik untuk you all plan bercuti ke sana...see ya!

Sunday, January 15, 2012

Kebizian melanda

Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Mu ini...

Cuaca agak panas sejak akhir2 ini, memandangkan hujan asyik turun je di bumi klang ni..Cuaca nya saling tak tumpah macam lepas bah..terik & panas , silau pandangan ku...
Dah hampir 2 minggu juga anak-anak bersekolah.Aizat enjoy & suka dengan kelasnya, 1 Adam di SRA Sungai Udang sesi pagi sampai pukul 11 a.m. Mama Ina nya akan ambil dia, dan transit sekejap di rumah atoknya hingga la waktu nak ke Sek. keb Telok pulai tiba.Dalam kul 12.15, dia dah tertunggu -tunggu nak ke sekolah keb pula, kata makcunya.Kiranya dalam pukul 6 pm baru lah habis aktiviti dia sepanjang hari , 5 hari setiap minggu, maklumlah dah bergelar budak sekolah, begitulah jadual dia setiap hari..Penat juga Umi tengok jadual Abang Jat yang padat tu....
Zara pula di tadika Kemas, dah rezekinya disana. Bukan senang tau nak dapat masuk, lagi-lagi umur 5 tahun.Harapnya kakak suka dengan suasana sekolah baru...yang pasti, kakak suka dapat kawan baru!...Balik rumah siap nyanyi lagu sekolah dia...


Laptop kesayangan, hadiah dari Hubby hampir hancus!

Tahun ni, 2012 rasanya antara tahun2 yang mencabar minda sebagai parents.Agak sibuk dengan urusan kerja harian & urusan anak2 & suami.Apa pun kita mesti positif, dalam kebizian ini, dah hampir 5 buah buku aku baca...pencapaian terbaik setakat ini. Sekarang , kiranya aku ni dah kembali menjadi ulat buku!...Memang dah menjadi kemestian tiap bulan, ada saja buku2 yang akan di pinjam.So kalau sesiapa nak berkenalan, leh la cari aku kat library Shah alam lepas ni...


Kasut emas hadiah buat suami

Tahun ni , insyaAllah akan menjadi tahun paling berjaya dalam sejarah hidup kami berlima.

SAYA KAYA & BERJAYA!


Sunday, January 8, 2012

Macamana nak jadi kaya?

 Puas juga nak cari tajuk bg entry kali ini. Last-last kuar idea macam ni.Kalau la ditanya Siapa nak jadi orang kaya?  sila jadi rakan bloger saya sekarang!!!

 la, tak sudi ker...sedih nya rasa..  sebenarnya saya tidak kisah pun apa orang nak kata. kalau you tak sudi jadi rakan blogger saya pun, saya tak hairan, yang penting, saya KAYA & BERJAYA HIDUP DUNIA & AKHIRAT....

Rata-rata dari kita ni, semua memang nak jadi kaya,semua nak ternama,nak dikenali ramai orang, juga kenal ramai orang ternama.Itu adat manusia biasa.Jadi kali ni saya nak kongsi satu rahsia macamana nak kaya.

Tahukah anda, segala keputusan untuk menjadi kaya berada ditangan kita sendiri sebenarnya.  walaupun anda seorang petani, tukang kebun,pembantu makmal, kerani cabok, jurujual tiket, attendant stesen minyak dan apa-apa sahaja jawatan yang dipegang atau tidak memegang satu pun jawatan (kerja sendiri le maksudnya), anda masih berpeluang untuk menjadi kaya!

Tips kali ini amat mudah.Sudah beberapa buku telah saya baca & cuba amalkan apa yang di ajar.Hasilnya, dalam beberapa tahun ni, saya dapat menggandakan wang simpanan saya & juga menambah syer dalam saham saya yang tak seberapa tu. Tapi sekurangnya, tiap tahun saya dapat save paling kurang 5k dalam 1 akaun sahaja!.. so di sini saya nak share sedikit tip-tip buat reader blog kecik ni.Enjoiz ya!


Aizat,Hubby,DAO

siapa kenal dengan Dr. Azizan Osman, dia adalah mentor saya & Hubby!



  cara nak jadi kaya:

1.Keluar dari hutang-piutang
-bunyi nya macam senang kan, tapi percaya atau tidak, kalau anda bebas hutang, anda mudah jadi kaya.Macaman nak settle hutang? Itu anda kena cari jalan la.paling penting, kalau sesuatu hutang dah settle, jangan sesekali menambah hutang baru...


" Don't just work for money, let your money work for you too"

2. Kerja keras
-jangan suka curik tulang ok.Orang kata jangan jadi ular/anakonda semasa waktu bekerja.Bos tak suka pada orang yang suka bermuka-muka, bila dia ada anda kerja,bila dia tiada anda lak yang jadi bos.

"Every industry pays excellent rewards for excellant performance ", Brian Tracy

So untuk kaya, cuba la berkawan dengan orang-orang kaya! pasti anda akan teruja sama.Selamat mencuba..