Sunday, March 25, 2012

Menu petang: cempedak goreng

Petang ahad yg agak releks, cuaca agak sejuk selepas hujan sekejap tadi.Petang2 macam ni, selalunya mesti ada sst yg perlu ada utk minum petang. Malas juga nak masak, tapi kena ada utk alas perut petang.Ada sekali tu goreng cempedak sampai tak cukup.Lama juga tak goreng, maklum la kena tunggu musim baru ada..

ada petua yg patut u all cuba kalau nak goreng cempedak. Dalam bancuhan tepung  tu,cuba tambahkan kelapa parut dan juga sedikit kapur makan.sukatannya dalam secubit kapur dan dua sudu besar kelapa parut. pasti lepas ni, cempedak goreng u all amat la sedap.Boleh juga dibuat untuk bancuhan tepung goreng pisang.Petua ni petua turun temurun dari arwah tok.
silap haribulan, donut dari Big Apple pun kalah!



rupa-rupanya, minat Aizat sama dengan Uminya, donut kacang almond

Selamat mencuba!

Friday, March 23, 2012

Hadiah Sempena SPM Result keluar

Salam & alhamdulillah, masih diberi nafas untuk melihat & menikmati kehidupan ini...

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada adik2 yang ambil result SPM termasuk adik bongsu ku Tirah.Walapun tidak la cemerlang mana, tapi akak rasa agak ok & masih ada peluang untuk lanjutkan pelajaran kat mana-mana IPTA, InsyaAllah..Syukurlah dengan result yg dah depan mata tu, at least dapat gak 4A kan, dari tak de langsung... ;-P. Yang paling aku terharu, dengar suara mak gembira & suka dgn pencapaian adik bongsu ku itu.Dia lah orang yang paling risau & teruja bila dengar result SPM dah nak keluar.

Apa yg penting sebenarnya, halatuju & matlamat adik-adik lepas SPM ni.Maklumlah lepas ni dah tak bergelar budak sekolah lagi kan..

Agak-agaknya, apa hadiah yg paling bagus nak diberi pada dia yer sebagai tanda Tahniah!???
Em, diberi duit nanti habis dibelinya top up, diberi kasut nanti x berkenan & macam tiada kaitan...Apa yer yang sesuai..Walaupun dia gal, tapi cita-citanya aku agak kagum,katanya minat nak belajar jadi pilot.As a big sister, aku redha & sentiasa bg sokongan.

Last week,semasa school break, kami sempat balik ke Kg Beris Pak Abu, Besut T'ganu.Lama benar dah tak balik kesana, macam 2 dah berubah.On d way balik setelah 3 hari di sana ,kami sempat la singgah  di Pantai bisikan bayu...Wow ,dah banyak perubahan kat sana...macam-macam aktiviti ada di situ. Jom tengok beberapa gambar yg sempat shot di sana..



Gaya pilot bawa extreme buggy...




Kereta kuda yang dihias cantik!


Masa yang ditunggu dah tiba,pilih jangan tak pilih!


selamat menjamu selera bersama desiran angin bayu & deruan ombak,mengasyikkan!


Apapun, this time memang best sgt bercuti & berkonvoi ramai-ramai.Nantikan lebih banyak gambar-gambar menarik pantai-pantai di terengganu & juga resort yang baru je di buka di Tok bali.

Adios

Sunday, March 18, 2012

Nampak lembut tapi suka Motorsport!

Salam & alhamdulillah, masih diberi kesihatan yg baik hingga saat ini...Hope rakan-rakan lain juga sihat & bahagia.Ya, kita kena hargai tiap apa yang kita miliki hari ni...lebih-lebih lagi kesihatan, walau byk mana wang yang kita ada, tak bermakna kalau badan sakit kan..Nilai kesihatan yg diberi oleh -Nya itu tidak boleh di tukar dengan wang ringgit...

Imi juga sudah mula peka tentang diri sendiri..Untuk dapatkan famili yang sihat & bahagia, Imi kena sihat dulu! Pernah kali tu, jatuh demam seminggu, habis huru- hara juga urusan harian kat rumah tu...kesian anak2 & hubby...Baru-baru ni, sempat juga tambah koleksi vitamin dr Amway, Nutrilite.Habis juga dalam RM160 utk Vit. C,Garlic & multi mineral..Alhamdulillah, badan semakin sihat & dapat fokus lebih pada kerja harian & bisnes sampingan.

Actually, nak share something pasal motorsport! Jangan ingat lelaki je tau boleh bercerita pasal kereta..Memang Imi jenis yang suka pada bidang motorsport...Tak tahu kenapa?? tapi tiap kali ada keluaran baru, mesti ambil tau...specially kereta yg sporty & nampak garang gitu..

Kali ni jom kita jenguk NISSAN galery yer...pergh, Aizat nya citarasa boleh tahan juga, dia amat suka Teana.Sampai hari-hari tanya,: "Umi, bila kereta Teana abang dia nak hantar?"..err...jawab Umi, Tahun 2013..."Berapa haribulan?...err..."Itu ,abang Jat kena jawab sendiri...hehe"..Mudah-mudahan doa anakku dimakbulkan...:-)




Ini ler Teana kesukaan Aizat...


Navara di book oleh adik Aghib

Dalaman Teana memang hebat & mewah, kagum sekejap.Nampak tak button start dia tu..


Apapun, memang hobi Imi usha-usha kereta yang design nya mengancam.Tapi takat ni belum berkesempatan nak jenguk Cycle & carriage.Silap haribulan, kalau pergi sana, orang buat tak nampak jer kita ni gamaknya kan..huhu.

Diam tak diam,akhirnya dapat juga memiliki sebuah MPV nissan dlm bulan puasa yang lepas..Thanks hubby.

Apa kereta idaman anda pula?
VIOS
GOLF
PASSAT
MYVI
CRV
X6
SLX

Wednesday, March 7, 2012

Kota Bharu bandar aku paling suka gi Jale...

Salam pembuka bicara...

Walaupun aku ni anak kelahiran Terengganu, selain dr bandar kelahiran...ada lagi bandar yg aku sangat suka!...KOTA BHARU....

aku suggest kalau nak bermalam di sana ,boleh la ke hotel Renassaince, bersebelahan je dengan Mall.
Nak cuci mata je, turun ke lobby dah nampak kedai jual kasut berdepan dengan kaunter hotel.Awesome betul...
Antara makanan yg patut korang cuba kalau menginap di hotel ni....tapi bukan hotel punya,ini gerai mari.Kuih cakoi goreng kat belakang hotel tu memang sedap!..Hairan juga cara dia uli tepung tu sebab tak banyak minyak jika dibandingkan dengan kuih cakoi yang biasa di jual ni...kuih nya kecik-kecik je (tak de pula gambar nak tunjuk)

Apapun, antara benda yang akan aku beli kat pasar besar Siti khadijah tu tak lain tak bukan, 7 jenis bunga hidup untuk buat mandi...memang best! Terasa aura makin kuat bila mandi bunga dia tu.Satu lagi, boleh juga cuba serbuk lulur kunyit dia serta bedak sejuk...Lulur dia pun not bad. Erm , pendek kata Kota Bharu memang tak mengecewakan....Belum cerita pasal makanannya...Memang superb! sebut je kuih muih glamer tu ,hari-hari ada jual di pasar.Sotong goreng celup tepung tepi pantai pun tidak kurang hebatnya..


Kalau sesiapa kaki shopping, molek benar la kalau singgah malam-malam di Wakaf Che Yeh...rambang gak la mata dibuatnya..Pesanan penaja, sila adakan extra money kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni..

InsyaAllah next week trip ke sana lagi buat kali yang entah ke berapa....

Jom holiday!




Friday, March 2, 2012

Bahana Demam Virus

Salam pembuka bicara,

Alhamdulillah , akhirnya kami semua kembali sihat spt sediakala....masa raya cina baru ni, kami berpeluang menghabiskan cuti di kampung jengka.Seronok tengok anak-anak dapat main sepuasnya, dapat kait buah rambutan, pagi-pagi lagi dah bersarapan dengan cempedak goreng. Pergh, memang kesukaan aku tu! tak nak lepaskan peluang walaupun setengah orang tak berapa nak sesuai kan...

Sempat juga bawa Aizat, Zara+ Aghib pi terjun kolam di Sg Tekam Resort bersama sepupu sepapat diaorang..Sakan yer korang main air. Last2 lepas balik dari kampung, kami semua dilanda demam virus melampau...mulanya aku yg kena, tengah2 malam Khamis tu, bila terjaga tengok budak-budak semua tak lena tidur. Ya Allah, panas nya badan diaorang.Akibatnya sejak khamis itu, aku + anak-anak demam teruk sampai tak boleh bangun....Resah dan susah hati aku dibuatnya. Dah la weekend tu hubby tak de, jadi driver rombongan mertua bersama staffnya ke utara dan langkawi.

Nak tak nak aku kena kuat semanagat, demi anak-anak umi. Nak makan pun susah, ye la tak mampu nak masak semua tu. Last-last makan je nasi walaupun berlaukkan telur goreng + kicap. Walaupun tak lalu, jadila untuk alas perut.

Kalau tak silap, ni mesti ada kaitan juga dengan limau cina.Bisa betul limau ni kan, ye la pasti banyak ubat utk awetkan limau tu. Ada setengah orang tu, boleh dapat lelah kalau makan...Apapun, disebabkan cuaca sekrang ni panasnya terlalu ekstrem, aku dah tak suka lagi bawa budak-budak ke tempat public.Dah serik kena demam macam tu lagi...Tekak masih payau & kelat rasa antibiotik!


Aktiviti hujung minggu, pusing-pusing tasik shah alam



Nampak tak beg glamer tu..ada kenal?