Saturday, July 28, 2012

Salam Ramadhan ke 8

Salam, Alhamdulillah. Masih sempat menjalani ibadat puasa tahun ini.Bila dah seminggu berpuasa, terasa semakin pantas pula Ramadhan berinjak hari.Niat tahun ni nak beribadat ke tahap maksimum yg mampu.Nak khatam Quran, perbanyakkan sedekah & banyak lagi la yg niat nak buat, mudah-mudahan di izinkan  Nya.

Aizat dah mula berpuasa separuh hari, bole la diterima.Mudah-mudahan 1 hari nanti dah mampu berpuasa penuh.Zara langsung tiada harapan, pasal puasa pun belum tahu sepenuhnya.Cabaran betul nak didik anak-anak  berpuasa ni.Diaorang pun macam belum faham kenapa perlu berpuasa.Jadi ,ibu-ibu kena banyak bersabar layan kerenah anak yg masih dalam peringkat umur macam ni.

Hari ni kaum ibu masak apa? jangan membazir sudahla, mudah-mudahan kita sentiasa bersederhana sewaktu berbuka.


LALA PEDAS

1-2 kg lala
seulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji cili merah
sebatang serai~ dititik

semua bahan dikisar/ditumbuk kecuali serai.Masukkan sedikit minyak utk menumis. tumiskan bahan dikisar/ditumbuk temasuk serai. Goreng hingga naik bau, masukkan lala yang telah dibersihkan.(angkat dgn tangan utk buang air lebihan).Masak hingga air lala keluar. Masukkan garam & bahan perasa secukup rasa.Sedia di hidang dgn nasi panas...




Bulan puasa ni, Imi sangat suka buat air buah-buahan campuran:
oren+nenas+tembikai ~ terasa sangat segar selepas berbuka.Cubalah ya.

Saturday, July 14, 2012

Permata Ku Sayang


Aku menulis dari hati, aku mencoret isi hati sendiri, agar insan tersyang ku mengetahuinya..
mencoret suka-duka kehidupan...selagi termampu,agar yang baik jadi teladan, yang kurang baik jadi sempadan..<_>
Aizat



Aghib

tengok, jem jln masa nak hantar aizat sek agama pagi-pagi.Alhamdulillah, SRA di selangor agak bagus, sekolah pun besar mcm sek.keb. Berkat kerajinan Aizat, dia dah lancar mengaji Al-quran pada umur belum sampai 7 tahun, pencapaian yg agak membanggakan, moga jadi contoh pada adik-adik..


Sekarang kan cuti sekolah, jalan lengang sikit,laluan dr MPK pun kira ok.teringat pula Aizat yg ditingglkan di kampung jengka.Last weekend, we all cuti ke sana.sempat juga tenangkan fikiran sambil panjat pokok rambutan kononnya nak amik buah paling segar.Sudahnya, kena gatal-gatal manja,maklum la dah lama tak redah daun pokok rambutan kan.Durian pun boleh tahan lebatnya.Sempat joging keliling kampung 2 kali sepanjang cutidi sana.




Wednesday, July 4, 2012

Tepung Gomak/Gomok..

RESEPI TEPUNG GOMAK



Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):
500g kacang hijau

Cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, July 3, 2012

Bubur Som-som


Salam, jom kita try resepi dari seorang kenalan, selamat mencuba!!













RESEPI BUBUR SOMSOM

* 1/2 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung jagung
* 800 ml santan
* 1 cawan susu cair
* 1 sk garam atau secukup rasa
* sedikit pewarna hijau - alyn tak gunakan . pewarna hijau habis.

SIRAP GULA MELAKA :-

* seketul gula melaka
* 1 cawan air
* 2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
4.Sajikan bersama sirap gula melaka.