Showing posts with label Bercuti. Show all posts
Showing posts with label Bercuti. Show all posts

Saturday, July 14, 2012

Permata Ku Sayang


Aku menulis dari hati, aku mencoret isi hati sendiri, agar insan tersyang ku mengetahuinya..
mencoret suka-duka kehidupan...selagi termampu,agar yang baik jadi teladan, yang kurang baik jadi sempadan..<_>
Aizat



Aghib

tengok, jem jln masa nak hantar aizat sek agama pagi-pagi.Alhamdulillah, SRA di selangor agak bagus, sekolah pun besar mcm sek.keb. Berkat kerajinan Aizat, dia dah lancar mengaji Al-quran pada umur belum sampai 7 tahun, pencapaian yg agak membanggakan, moga jadi contoh pada adik-adik..


Sekarang kan cuti sekolah, jalan lengang sikit,laluan dr MPK pun kira ok.teringat pula Aizat yg ditingglkan di kampung jengka.Last weekend, we all cuti ke sana.sempat juga tenangkan fikiran sambil panjat pokok rambutan kononnya nak amik buah paling segar.Sudahnya, kena gatal-gatal manja,maklum la dah lama tak redah daun pokok rambutan kan.Durian pun boleh tahan lebatnya.Sempat joging keliling kampung 2 kali sepanjang cutidi sana.




Thursday, April 12, 2012

Cuti-cuti lagi

Salam,dah lama tak pos berita kat sini, alasan biasa blogger part time cam kita ni x lain x bukan, tak da masa ..
Hari ni aje, macam2 rasa & komen kita dengar pasal gempa di sumatera semua tu. Krabi tmpt glamer tu pun habis bergegar...Erm gerun juga hati ni bila dengar berita mcm ni, maybe Tsunami besar juga akan berlaku sekali lagi? Itu tak mustahil kan..Apa pun kalau ada teman-teman yg nak buat aktiviti tepi pantai, kita rasa baik batalkan saja buat masa terdekat ni.Sebagai langkah berjaga-jaga!

Nak merakam bbrp gambo waktu kami di kg Beris Pak Abu, Besut.Aku rindu suasana damai kampung, suara anak-anak berlari di laman, cuaca pagi dgn kicauan burung, deru angin sejuk belakang rumah, masakan mak yang sedap, erm rindu & ingin kembali ke zaman kanak-kanak ku..





ni pulak aktiviti coklat cip oleh adik iparku!







Tuesday, September 20, 2011

Salam Aidilfitri Yang masih terasa..

Walaupun dah hampir seminggu start kerja selepas seminggu lebih berhari raya sakan tahun ni, bahang Aidilfitri masih lagi terasa di mana-mana. Weekend baru ni pun, me & famili memenuhi undangan open house yg dalam sejarah. Start seawal 8.30 pg hingga ke 10 mlm ! Last minute terpaksa join rombongan meminang bg pihak sepupu hubby ,so kami jadi ahli bg rombongan pihak lelaki la. Seawal pagi dah bersiap utk sampai ke Aman Perdana, beraya & bersiap-siap & membelek-belek barisan hantaran yang serba kuning /cream di situ...Majlisnya di Sg Buloh, Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Hampir pukul dua, majlis selesai dgn jamuan makan, lauk -pauk nya pun sedap termasuklah kari kambing, ayam masak pedas, ulam-ulaman , kuih-kuih tradisi serta kek-kek coklat moist yg comel.

Dah menjadi trend sekarang, majlis tunang pun meriahnya macam kahwin, lagi-lagi pihak perempuan majlis tu utk 3 orang anak perempuannya bertunang pada hari yg sama, cuma majlis jer slot nyer lain sesi.


sempat beraya di Bukit Tinggi....Colmar Tropicale...

 
Raya kali kebanyakan kita sempat buat macam-macam aktivitis....maklumlah cuti agak panjang, so aku pastikan cuti ni amat bermakna buat anak-anak, cuba bawa diaorang ke tempat -tempat menarik selagi sempat la..

Paling seronok mestilah anak-anak Umi, rezeki diaorang memang murah, duit raya je hampir RM 300 seorang....uiskh, beraya sakan diaorang dengan baju baru yg diaorang excited sangat nak pakai waktu Ramadhan lalu.

Meriahnya Syawal kali ini,tak dapat di gambar dengan kata-kata... harapnya tahun-tahun akan datang , aku masih berkesempatan utk merasai nya lagi  dan lagi dan lagi selagi hayat dikandung badan....Amin.


Friday, June 17, 2011

Oh Kampungku..

iPad 2 MC916LL/A Tablet (64GB, Wifi, Black) NEWEST MODEL

Part I
At last setelah 3 tahun tak berkesempatan menjejak kaki di bumi kelahiran tercinta, akhirnya hajat ku tercapai jua....Suami outstation di Kota bharu, yehaa....aku pun di jemput sama2 utk sertai dia...,so boleh singgah beris pak abu dulu semalaman....Alhamdulillah. Maka bermulalah perjalanan kami yg penuh excited.

cantiknyer, bayangkan korang ada kat sini..

Untuk rujukan u all, perjalanan ke area pantai timur amatlah mencabar. sebabnya perjalannya memang jauh ,dah la x da highway....kalau ada pun cuma suku dr jarak perjalanan x mcm jln ke belah Utagha.Kalau dr  Temerloh ke Kuala Terengganu aje memakan masa 6 jam lebih.Itu pun ikut speed u all la,bawak dlm 80km/ jam maybe amik 8 jam baru boleh hirup udara pantai la kan.Oleh kerna we all dr kaw. jajahan jengka, maka highway LPT yg berhampiran la jd sasaran. Starting point ke LPT di jengka 19 berdekatan Sg.Nerek....

Tapi aku nak share jalan plg pantas nak ke daerah besut Tganu.Aku nasihatkan korang jgn ikut jln tepi pantai,alamt nyer kejang kaki kanan baru boleh sampai...jauh bangat. Sampai muak duduk dalam keta lama-lama.

Bertolak dlm kul 10.00 am dah sampai bandar Jertih lepas asar 4.15 pm.Dalam sejarah aku rasa sgt enjoy with the journey.We all lepak kat pasar makanan sambil2 shopping kuih. rambang mata aku tengok pelbagai kuih traditional di longgok kat situ.Heran betul aku dgn situasi kt sini, bayangkan setiap penjual tu berbakul2 kuih macam2 jenis ada! Bakul tu, kalau kite kt pantai barat ni takat main bekas2 jerk. tulah keistimewaan kat negeri kelahiran aku yg aku sendirik rasa kagum dgn semangat penjual & pembeli kat sana.



Memang aku akui,kuasa pembeli kat sana amat besar...kalau dak , camner diaorg boleh wat stok kuih begitu byk kan...Lagi best,kuihnya murah & sedap.

deretan gerai kuih di Jertih

Jom pekena kepok gote sepinggan sambil pakai kain pelekat!


Monday, March 14, 2011

Mengundi Sambil Bercuti

Lepas kerja hari jumaat lepas, masih teragak2 nak balik kg ke tidak. Last2 suami cakap jom je la balik....Oh ok, bukan paksa dia balik kg aku pun kan.Tiap kali nak balik kg selalu nya dia yg excited lebih dr aku...ok la tu sekurang-kurangnya tak perlu ler nak merayu dia tiap-tiap bulan..."Bang, jom bali kg...budak2 dah rindu kat Aki & Mok"...

Cuti kali ni berbeza sikit....semua adik beradik ada: umi+ famili, Acik+famili, Mok teh + famili, Pok de (mok de x da lagi, pergi triang), Pok long+ famili ...tapi Mok Su Yah takde , bercuti/motivasi kat Kuantan dengan rombongan sekolah dia.


 
Balik kali ni sempat la round kg jengka, bukan apa, saja nak meriahkan/menjenguk suasana mengundi kat sini.Memang meriah sesangat.Semua menteri/MB/PM seme pakat2 turun. Habis glamer jengka 23.Tiap-tiap hari ade je berita dalam radio, paper malah buletin utama pon buat liputan kat sini gara2 pilihanraya kecil DUN Kerdau.