Monday, June 18, 2012

Perginya The Last Rozario Legend

Salam semua , Alhamdulillah sempat lagi bersua Rejab & Ramadhan yg kian menjelma. Penat sudah saban hari mengejar masa yg dirasakan terlalu laju speed nya.Makin hari , usia makin bertambah, menyebabkan diri ini dah rasa macam tak mampu lagi nak masuk gear 4, paling laju pun smpai gear 3 jer...Oh, bulan jun pun dah nak habis maksudnya, separuh dr tahun ni dah tiada.

 Bila fikir semula, apa yang dah berjaya aku capai untuk tahun ini? Mana perginya azam aku, tercapai atau belum?...rakan-rakan pula bagaimana ?

Last weekend juga agak bz dengan majlis tahlil & doa selamat, sedar tak sedar dah lebih 44 hari sudah atuk meninggalkan kami semua, semoga arwah atuk Yahya bin Abdullah bersemadi dengan aman & dirahmati oleh Nya.Atuk pergi saat usianya mencapai 78 tahun, ikut IC.Tapi katanya masa masih hidup, usia dia dah 80++, biasa la kan orang dulu-dulu mungkin agak lambat register kelahiran anak.Mungkin kata-kata atok ada betulnya kalau di lihat dr fizikalnya.

Walaupun atuk yahya, adalah atuk sebelah suami, tapi hati aku terasa sayu jua saat kehilangan nya.Mana mungkin aku dapat lupa kelibat atuk.Tiap kali balik kerja, bila ada masa terluang aku akan berborak dengan atuk.Cuba dengar apa sahaja cerita yang dia nak beritahu aku...walaupun banyak cerita dia pasal perkara-perkara atau cerita2 masa mudanya, aku cuba juga untuk dengar & berkongsi perasaan dia.Ye lah apa lagi yang mampu atuk buat selain dari menonton tv & melihat anak serta cucunya berlari sana sini.Dia lumpuh sebahagian badan.

Atuk sebenarnya dah lama sakit, pernah beberapa kali kena strok & dah tak mampu berjalan tanpa bantuan tongkat.Di akhir hayatnya, pernah beberapa kali mengadu dekat aku ,dia sakit perut.Memang atuk pernah pergi operation,dan juga disahkan darah tinggi.Sebenarnya, dah banyak cara untuk berubat sakit atuk, tapi Allah lebih sayang kan nya. Pergi nya atuk ke pangkuan Penciptanya, bermakna tiada lagi generasi awal Rozario yang berasal dari Belanda/Jawa ini.


:-(





**Bersambung..

Monday, May 28, 2012

Kenduri @ DePalma Hotel

Tiap hujung minggu start last week, bizi menghadiri jemputan walimatul urus dr kalangan saudara serta teman2.Kalau ikutkan hati , nak hadir semua kenduri yg ada, tapi bila dah ada yg bertindih, perlu la applied priority mana patut hadir.Sempat juga hadir ke  majlis sepupu belah suami, Edzri iaitu anak Mak teh belah ayah mertua.Sebelah pengantin perempuan, 2 pengantin serentak.Majlis agak meriah juga dgn kehadiran VVIP termasuk Datuk & Datin serta YB jemputan Pak Teh Ayah.



Tapi majlis camni byk protokol, semua kena ikut jadual.So kami yg agak tergesa-gesa utk hadir pula ke majlis perlawanan Bolasepak Karyawan vs PNGL agak tertekan menunggu pengantin + para jemputan utk majlis bermula.Nasib baik la makanan nya sedap, full mark aku bagi utk menu hari tu.Memang kena dengan selera + perut kami yg memang sangat lapar.




Selamat pengantin baru buat yg baru mendirikan masjid.Apapun bukan senang untuk mejaga + memastikan rumahtangga yg bahagia di zaman skrg.Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk menjadi yang terbaik!





Cuti sekolah bermula

Cuti sekolah dah pun bermula,Aizat sibuk claim dgn Umi untuk habiskan cuti 2 minggu di kampung.Serba salah kita di buatnya, ye lah kalau kita ni cikgu cikgi ok la juga kan, bercuti sama-sama anak-anak di kampung,lama -lama pun tak apa.Bila kata sepakat dah di terima, akhirnya lepas habis kerja Jumaat minggu lepas, kami bertolak ke Jengka. Dah hampir maghrib, tapi kami bertolak juga memandangkan masa agak suntuk.Boleh tahan juga trafik malam tu, agak perlahan juga sepanjang jalan dari Klang menuju ke Karak highway.

Bercuti di kampung memang anak-anak paling suka.Paling diaorang suka main dekat belakang rumah mak, bawah pokok rambutan. Itu memang best lepak sambil main buai laju-laju.Pokok limau nipis pun subur kat situ, berbuah lebat hampir sepanjang masa.Pokok-pokok ulam termasuklah kacang botol, buah peria katak,daun kesum, bunga kantan, pandan,serai sampai ke cili padi semua nya subur kat tepi dan belakang rumah mak.Alhamdulillah, mak masih sihat cuma katanya sakit lutut kadang-kadang menyerang.Abah pun sihat wal'afiat. Lama dah tak balik kampung, tapi kerap jumpa mak & abah bila diaorang datang rumah adik-adik haritu.


Dah hampir 32 tahun mak menetap di situ, kiranya kampung tu dah sebati dengan jiwa aku ni.Walaupun aku lahir di terengganu, tapi dibesarkan kat situ, sek. rendah pun kat situ.Erm, teringat pula masa aku kecik2 umur baya anak-anak aku sekarang.Berlari sana-sini main lumba lari, main sorok-sorok, polis sentri la, guli, anyam daun kelapa jadi burung + bola, buat layang-layang sendiri.Memang indah di kenang hidup di kampung ni,bebas nak buat apa sahaja sebagai kanak-kanak yang memang suka mencuba benda baru. jadi aku faham kenapa Aizat minta macam tu.Cuma takut menyusahkan mak pula, nasib adik bongsu ku ada boleh la tengok kan Aizat.


Selamat bercuti juga buat semua rakan-rakan,guru-guru serta anak-anak murid semua, manfaatkan cuti kali ni dengan perkara yang bermanfaat sahaja!