Salam pembuka bicara...
Jumaat penghulu segala hari ,maka marilah kita banyakkan berdoa & berselawat!
Sekarang ni tgh dok excited membaca buku2 motivasi diri.So nak share sedikit ilmu yg kalau kita amalkan, banyak manfaatnya.
Tahu tak kawan2 semua, lebih banyak kita beri/sedekah, maka lagi banyak yg akan kita dapat...ha, mesti tak percaya kan tp itulah hakikat sebenar yg kita tak tahu.
"Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah, malah rezeki/kesenangan akan mudah datang pada kita tanpa kita sedar...."
Sebenarnya tak susah kita nak buat, malah mendoakan orang lain juga dikira sebagai sedekah yg paling mudah.Begitu juga dengan senyuman.Buatlah sesuatu yg mengembirakan org disekeliling kita, maka banyak benda2 yg baik akan datang pada kita kembali.....tak percaya lagi!....Cuba senyum ! Apa perasaan anda sekarang?
Sering kita lihat di akhbar atau majalah atau artis2 sibuk nak buat kerja-kerja amal tu kan.Cuba kita berfikir sejenak, kenapa mereka nak buat semua tu?Begitu juga dengan syarikat besar2 spt MCD, KFC, Ariani dll semua tu meggunakan konsep yg sama...
So apa lagi, mulakan nya dari sekarang dan lihat perubahan yg akan terjadi....
Adios
No comments:
Post a Comment