Monday, July 11, 2011

Semangatku membara

Tip pilihan: Dua cara mencapai cita-cita!


Terdapat dua cara sahaja dalam mencapai cita-cita. Cara berjalan & cara berlari...

1) Berjalan...
Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat... esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi...Oh, aku tak mahu jadi camni!

Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat...

2) BERLARI!
Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri... Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!
 
Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!
Yesz....aku bersemangat....hari ni hari yg terbaik bagi diriku, moga-moga hari esok ,hari yg lebih baik dari semalam....Aku yang terbaik. Memang penat berlari, tapi aku pasti sampai dulu!


MASSIVE ACTION = MASSIVE RESULT
NO ACTION = resultnya.....ZZZZZZZzzzzz

No comments:

Post a Comment