Alhamdulillah dah masuk hari ke-17 Ramadhan,kebanyakannya memang cuti sempena nuzul quran kan.Tahun ni terasa amat bermakna sekali,ada banyak sebab actually.Tapi yg paling ketara, tahun ni rezeki agak meriah berbanding tahun-tahun lepas....
antara paling bermakna dapat balik kampung sempena nak memegang puasa. sudah jadi kebiasaan untuk orang kampung ni, sembelih lembu untuk bekalan daging dan sempena menyambut Ramadhan, memang meriah sangat.Dapat la merasa keenakan daging lembu pejal segar,masak apa pun sedap....masakan paling simple & sedap ...daging goreng ler... Aku juga sempat la mohon ampun maaf pada mak & abah,abang & adik-adik yang lain, moga-moga semua ibadah aku di terima sepanjang Ramdahan mubarak ni...
Last week sekali lagi dapat berkumpul & iftar bersama mak & abah serta adik-adik di kampung.Menu kami memang meriah (gambar tak sempat lagi nk upload):
sabtu:
1. ikan patin bakar salut tempoyak
2.ikan tilapia merah bakar cicah kicap pedas
3.masak lemak ikan tenggiri
4.ayam percik
5.sayur campur goreng
6.air tebu ori( paling best, manisnya memang pure)
7.air kelapa
8.air limau nipis
9.kuih kepek hidung ---sapa-sapa tak tau kuih ni sila google(apa resultnya?)
Ahad:
1.ketupat sotong (makanan orang kaya ni)-- ada siapa nak resepinya?
2.ayam percik second round
3.ikan kerapu sweet sour
4.sayur masak lemak putih
5.pajeri nenas
6.ikan kembung goreng
7.daging goreng pedas
8.kuih cek mek molek
9.air tebu ori
10.air sirap limau
11.air cincau
kalau tengok menu memang mengancam ,start kul 3.30 ptg dah start la acara di dapur semua tu, meriahnya macam dah nak raya.....itulah bezanya iftar di kampung halaman.....so, korang kalau ada kesempatan tu, jenguklah kampung , berbuka ramai-ramai memang meriah & bbanyak berkatnya..
No comments:
Post a Comment