Monday, June 24, 2013

Yang telah pergi..

Sehingga entri ini di tulis, tak sampai hati untuk berikan photo ni pd sorang sahabatku ini...
Bab bergambar ,memang aku suka...tp kali ni x sempat nk bagi diaorang gambar yg aku snap..

tup-tup, kawan aku ni dah lama x dtg kerja sebab menjaga anaknya yang tidak sihat, demam panas katanya.

Tahu tak, lepas keluar wad dalam 3 hari, anaknya lembik, minum susu pun termuntah balik..
aku tak tau cerita, last-last dia bawa pergi KPJ Klang, anak dia dah kritikal...

dalam tengah malam tu disahkan meninggal dunia...

potret ni sampai sudah aku simpan sebagai kenangan, comel sangat anak nya ni..

pari-pari syurga, damailah engkau di sana, menjadi saham akhirat buat ibu bapa mu


Sayang nya baby ini, tapi Allah lebih sayang kan nya..
mood: sedis :-(

Al-Fatihah


Tuesday, April 9, 2013

Resepi triffle marbeles

Salam penuh keberkatan, sapu2 sawang dalam blog ni...hehe
dh lama benar tak update di sebabkan kebizian melanda tahun 2013 ni.Apapun syukur ya Allah atas nikmat mu....Tahun 2013 ,tahun sibuk dengan aktiviti2 berpekdah yg akan membawa byk perubahan dalam hidup kami sefamili, insyaAllah. doakan yer....


Jom ,nak share resepi lagi, ibu2 sekalian atau anak dara serta para bapa yg rajin, sila la praktiskan..
nanti kita share jadi ke tidak resepi ini,selamat mencuba!



RESEPI PUDING TRIFFLE

1 biji kek Chiffon dipotong-potong
1 tin susu cair
7 sudu custard bird dibancuh dengan secawan air
3 sudu susu pekat
2 cawan air
7 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail, tapis buah dan asingkan airnya.
1 kotak Jelly (apa-apa perisa) dibancu dengan 2 cawan air panas.
1 pek jelly serbuk (tiada pewarna/clear) dan 2 cawan air
1 pek Strawberi untuk hiasan

Cara-caranya :
Susun kek chifon didalam bekas. Curah air koktail ke atas kek.Masakkan susu cair bersama 2 cawan air, kastard, gula, susu pekat dengan api yang sederhana sambil dikacau sentiasa. Bila kuah pekat dan mendidih. Tutup api dan masukkan esen vanila. Kacau lagi.
Tuang lapisan kastard ke atas kek dan ratakan. Susunkan buah koktail di atas lapisan kastard. Akhir sekali tuang jelly ke atas adunan tadi dan sususn buah strawberi sebagai hiasan.

7 sudu custard bird dibancuh dengan secawan air
3 sudu susu pekat
2 cawan air
7 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail, tapis buah dan asingkan airnya.
1 kotak Jelly (apa-apa perisa) dibancu dengan 2 cawan air panas.
1 pek jelly serbuk (tiada pewarna/clear) dan 2 cawan air
1 pek Strawberi untuk hiasan

Cara-caranya :
Susun kek chifon didalam bekas. Curah air koktail ke atas kek.Masakkan susu cair bersama 2 cawan air, kastard, gula, susu pekat dengan api yang sederhana sambil dikacau sentiasa. Bila kuah pekat dan mendidih. Tutup api dan masukkan esen vanila. Kacau lagi.
Tuang lapisan kastard ke atas kek dan ratakan. Susunkan buah koktail di atas lapisan kastard. Akhir sekali tuang jelly ke atas adunan tadi dan sususn buah strawberi sebagai hiasan. 

Thursday, February 7, 2013

Aghib the Hero

Wehuu...tak lama lagi nak cuti raya cina..Adik aku,Su baru selesai operate buang hempedu pagi tadi.Alhamdulillah semuanya selamat.Mudah2an selepas ni, dia dah makin sembuh spt sediakala.

Mak & abah dah sampai saujana utama 2 dr semalam lagi, tak kesampaian lagi nk jumpa mereka.Bila melihat keadaan begini, kesian juga melihat abah & mak berulang alik dr jengka-KL dlm jarak masa yg dekat.dalam sebulan dah byk kali turun KL,byk dah duit yang terlabur di situ ...Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kedua abah & mak, dipanjangkan umur mereka...

Dalam Feb 2013 ni, tak lama lagi hari lahir Agib yg ke-4 on 11th Feb.Cepat rasanya masa berlalu, masih ingat lagi time sakit nak bersalinkan adik...padahal semua tu dah hampir 4 tahun yg lalu,sakitnya masih dapat di rasa sampai sekarang. Umi doakan Agib menjadi penjaga & kekuatan keluarga kita bila dah besar nanti. Banyak potensi yg ada pada adik...


orangnya ceria,periang,agak nakal~ suka mengusik & menyakat kakak.Sangat pandai berkata2, peka & pick up bila belajar,ramai kenalan,friendly,bercita-cita besar
Penyayang, sensitif,teruja & minat pada moto besar & kereta2 hebat,  berbakat dlm bolasepak~ jadi superstar dlm sukan kegemarannya (football) insyaAllah

Tengah plan mana nak dapatkan kek angry bird utk besday dia nanti..Aku bersyukur di atas pinjaman ini ya tuhanku.melihat anak-anak membesar memberi aku lebih kekuatan untuk terus cemerlang & kuat dalam menempuh kehidupan.Lihat sahaja gelagat mereka, memang pening kepala dibuatnya, tapi sangat seronok melihat mereka bila bergembira....jom layan view sunset di Putrajaya:











Hottest Product