Friday, April 29, 2011

Hutan Lipur Lentang ~Too cold here


Lipur ni sejak kecik lagi dah memang selalu singgah. Di sini airnye memang sejuk! air bukit ori.Aku amat suka bawa anak2 pergi berendam but quite worry about their health...air teramat sejuk sonang boleh kena selsema plus kalau ada alergi dgn air kotor, baik beringat2 sikit. Just make sure bilas balik plus guna sabun anti bakteria lepas berendam tuh.

Pernah sekali Zara naik gatal satu badan lepas beremdam kat sini, maybe masa tu dia ada alergi something agaknya.

geng2 yg hadir

dapat peluang main pasir sungai

group ibu2 sporting bersama bekalan yg sedap

Adios, next time organise other trip that more exciting

Tuesday, April 12, 2011

Kenduri kendara

Salam pembuka bicara,

Kalau orang lain dok syok kumpul followers, aku lak nak update entry baru pun x da masa!..haha, nak buat camna, antara org yg bz untuk tahun 2011 yang bakal menjadi " Kaya & Berjaya"..Memang aku tengah bersemangat,kalau ler en. hubby baca entri ni, sure dia tersenyum simpul sbb dia lebih mengetahui & memahami apa yg terjadi...;-)


Alhamdulillah, last saturday , 9 apr 2011 we all bersama famili belah mentua (ibu & ayah tercayang), dengan jayanya mengadakan kenduri akikah bg cucunya yg ke-8, dan khatam Quran cucunya yg pertama. Majlis sederhana tp meriah tu semuanya di kelola oleh kami semua anak beranak.Dari menyiang udang, potong bawang, blender bahan2 memasak bahkan sampai bab2 katering, mendeko meja, atur makanan, susun kerusi ,susun meja, buat mini pelamin, hias sana, hias sini sampai basuh pinggan mangkuk semua kami handle.Bahkan semua baju kami yg vogue2 gitu dijahit oleh ibunda tercenta.Wah dengar macam happening je kan... tapi itulah ,kalau bergotong-royong, semua keje boleh jalan....


Wellcome to the world Aina Zulaikha


Ibu mertuaku yg vogue + cucu sulong Raja Anis yg khatam Al-Quran+ baby


Bapa mertuaku Hj Kamarudin (Cikgu Din).Terselit dibelakang belah kanan Atuk (Yahya)


Marhaban + cukur jambul
dr kiri: Ija + Nini (adik ipar), Mimi, Anis (anak buah)


Yang syoknya, tibalah masa untuk mengerjakan 2 ekor kambing panggang yg tergolek2 kat tepi laman rumah tu. Ni antara menu spesel kami untuk tetamu yg hadir hari tu.

So para tetamu yg hadir kami ucapkan trima kasih lah banyak2 sudi datang...Menu2 lain termasuklah sambal udang , lemak kuning pisang muda, rendang ayam pencen (ni memang nyum! nyum!) dan pelbagai kuih muih antaranya bubur chaca, kuih seri muka berlapis (my favorite), kek coklat, puding buah, kek gula hangus dan banyak lagi la sampai aku pun x sempat merasa semua makanan!  haha....meriahnya menu we all kan...tapi langsung x sempat snap gambar...






Thursday, April 7, 2011

Demi Masa...

'Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian....'

Masa itu ibarat pedang,jika tidak segera menggunakannya untuk memotong, ia akan memotong kita

Manusia akan di soal tentang 4 perkara:
1.Umurnya, bagaimana ia habiskan?
2.Keremajaannya,untuk apa ia dilunturkan
3.Hartanya, dari mana ia perolehi, dan untuk apa ia dibelanjakan
4.Dan ilmunya,apa amalan yang telah dilakukan olehnya..



You know frenz, life is short, why make it shorter....so be happy with your life, hargai diri anda, hargai sahabat2 anda, hargai ibubapa anda, hargai semua orang dikeliling anda, maka anda juga akan di hargai oleh orang di keliling anda....ha, so camna cara nak hargai semua orang yg disebut2 itu....senang aja, berikan apa shaja yang anda ada dan mampu......selagi ia tidak melanggar kesalahan @ undang2 Tuhan.


SENYUMAN, PERTOLONGAN & BANTUAN, HADIAH,SEDEKAH,KASIH SAYANG juga perkara yg paling senang dan percuma untuk kita lakukan!

sempena Jumaat,saiiudul ayyam (penghulu segala hari) ni, mari kita sama2 renung2 kan dan berfikir...
Sehingga ketemu lagi...Adios



Tuesday, April 5, 2011

Swimming time

Salam semua, cuaca agak panas hari ni.Lunch time tadi hujan agak lebat.Ok lah sekurangnya sejuk sikit bumi ni.Rasa sunyi jer hari ni walaupun dikelilingi kerja2 yg tak kan habis...apa nak buat itulah kenyataan hidup yg perlu kita tempuh dengan tabah...

Hari tu berkesempatan bawa budak2 pergi terjun kolam...wah syok betul diaorg ni yer...ye lah dah lama tak bawa diaorg ke tempat2 cam ni.

Saya Aizat


Zara yang cantik


Aghib yang hensem

Cantik kan pool ni,kawasan kejiranan di sini pun nampak secured dan tenang sangat.Tapi menurut cite kawan ku itu, rumah2 dekat area ni pun regenya dah naik mendadak!paling kurang pun dalam 400k++...!

Yer, kalau dapat rumah ala2 resort begini memang  best kan....tapi yg tak best nya sure anak2 aku mesti tiap masa nak  terjun kolam...




Actually, ni masa we all menghadiri jemputan seorang rakan yg buat besday party anak nya .Party ala2 tepi pool gitu.Walaupun majlis agak ringkas , tapi memang happening utk budak2 & amat santai tuk mak ,bapak yg hadir hari tu...So, untuk para member yg masih tercari2 rumah idaman tu, apa kata anda beralih angin utk intai2 rumah2 yg sebegini....menarik sangat kan!

 Malam minggu yg lepas, kami juga berkesempatan jenguk2 fun-fair...kalau dulu fun fair ni agak glemer zaman aku kecik2 dulu.Kalau dulu kat jengka, selalu la gak abah + mak bawa kami  adik beradik tgk fun fair kat bdr jengka tu.Kagum kejap anak2 aku...mata diaorg yg pada mulanya dah nak layu tu terus je segar bugar,pastu cam tercengang2 pun ada....mana taknya, we all singgah ni pun dah agak lewat mlm....hampir jam 12 pg..

Tengok la aksi 3 beradik ni ,first time pergi fun-fair

Buat anak2 ku, jangan leka dengan dunia yg sementara...
Adios




Hottest Product