Saturday, August 11, 2012

Lasagna Seafood Special






Erm, planning mlm ni nak makan benda alah ni..ok?
Pernah try makan lasagna tak? kalau tak silap dekat secret recipe pun ada benda ni, mknan itali yang dah boleh dimasak sendiri kalau suka.Jom cuba resepi ni untuk berbuka puasa, pasti lain dari yg lain kan...:-)


Tumiskan bawang besar kuning tu dlm 2 biji
masukkan sos prego+ lada benggala+ udang dan isi ketam...ketepikan


Utk sos putih: 
campurkan 400ml susu segar, 
2 sudu besar tepung gandum,
2sudu besar butter, sed
ikit lada hitam


Masakkan atas api kacau hingga pekat. Rebus kulit lasagna hingga lembut.utk melapiskannya dlm bekas.


Sapu butter pd mangkuk aluminium, lapiskan lasagna, sapu sos merah prego, pas tu sos putih, lapiskan lagi lasagna, sos merah, sos putih dan akhif sekali tabur keju mozarella dan bakar pada suhu 180 
darjah selsius.

Selamat mencuba... 

**Resepi sumber dr rakan FB

Thursday, August 9, 2012

Red Velvet Edisi Ramadhan 1433

Salam,
Adus, bz memanjang nak update blog ni, x sempat lak nak edit gambo yg berlambak di capture oleh en. Nikon tu.Apapun nak juga share resepi kek kegemaran ni...bila la gamaknya dapat buat sebiji dlm bulan posa ni...Sapa yang nak try tu, Selamat Ber velvet ya.Kalau dah jadi kek tu, war-warkan la kat kita ni :-)

BAHAN-BAHAN:
115g butter
150g gula kastor
...
2 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
240 ml buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka putih (distilled vinegar)
sedikit esen vanilla

BAHAN-BAHAN TOPPING:
500g cream cheese
150g gula aising

CARA-CARA:
1. tak payah pening-pening kepala, campurkan je semua bahan dalam mixer dan pukul sampai sebati. guna kelajuan sederhana dah ok.
2. masukkan dalam loyang kalau nak buat kek. kalau nak buat cupcake masukkan dalam paper cup la ye.
3. bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang sejam untuk kek dan 1/2 jam untuk cupcake.
4. sambil bakar tu boleh prepare topping. campurkan je cream cheese tu dgn gula aising dan pukul sampai sebati.
5. dah habis bakar, tunggu sampai kek/cupcake sejuk sebelum hias dgn topping cheese tu. ikut kreativiti la ye nak hias mcm mana....

sorry, x de gmbr laie,later tepek gambar kat sini
Sumber resepi dr seorang kawan...

Hottest Product