Thursday, October 27, 2011

Mengidam strawberry punya cerita-Part I

Dah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah tinggi Cameron ni. Tanpa dirancang, akhirnya jadi juga percutian kali ini. Oleh sebab jumlah ahli rombongan agak ramai (anak-anak ikan ni), so we decide to have an apartment only for this time. Save cost & budjet, lagipun senang untuk kaum ibu untuk sediakan makan minum anak-anak & kaum bapa.At least, budjet untuk hotel tu, boleh guna untuk beli buah tangan buat rakan-rakan sejawat, jiran tetangga, mertua , mak & abah serta anak-anak buah yang tak dapat pergi tu.

Mak & abah tak jadi nak join dan masing-masing dah ada anak, so x boleh la nak berhimpit dalam kereta macam sardin, then we decide bawa 4 kereta aje lah.


Ruang tamu yang agak luas,dengan 3 bilik


sebahagian hutan yang masih wujud di Cameron highland sekarang

Bertolak ke Cameron dalam pukul 7.30 am dr Klang. Kami singgah breakfast di hentian Rawang sekitar jam 8.00. Sambil menunggu ahli rombongan lain tiba, anak-anak seperti biasa excited bermain walaupun hujan renyai-renyai, kata ayah diaorang, nak test sweater- kalau pakai sweater sekali topinya, agak-agak basah tak? ;-P


Lepas angkut segala bagasi yang ada, we all turun padang ke pasar malam nya. Uikh, agak kagum dengan lautan manusia berpusu-pusu mencari barang.Memang x leh lari la, mesti cari strawberry ni! On d way dari tadi, aku dok berkira-kira, sedapnya rasa strawberry yg fresh dari farm , dengan merahnya, manisnya...so juicy lah....Paling tak boleh lupa, kami pakat-pakat rasa strawberry cicah coklat....haha....rasanya memang superb! No wonder CT minta benda ni sebagai hantaran dr Dato' K dolu2 tu kan.Er, gambar belum upload da...


2nd day: Taman Rama-rama

agak impress, dgn tempat ni, cakap je taman rama-rama, tapi boleh dikategorikan sebagai cute mini zoo.semua yang creepy, crawlies, ular bagai jenis tu ada kat sana, aku betul-betul tak tahan tengok ulat gonggok hutan sebesar ibu jari! geli geleman di buatnya....dah rasa cam dia merayap kat tengkuk!

excited tengok chipmunk makan jagung, cute sesangat



Aghib terpegun dengan butterflies


Wednesday, October 26, 2011

USAHA, pasti aku berjaya

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa-apa yang diusahakannya.Bahawasanya, usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna."


(Surah al-Najm: 39-41)


Tekadkan diri dengan apa jua yang kita usahakan hingga kejayaan itu terbit di akhir garisan.
Waktu itu, baru kita mampu tersenyum bahagia! Ayuh kawan-kawan, teruskan USAHA anda ke arah kebaikan...



Tuesday, October 18, 2011

Let's be a Book Worm!

Yes, Alhamdulillah.

We got new place to go now.A very impressive & modern design building...Or lebih tepat lagi, ada tempat lepak baru yg amat berinformasi , I guest. ;-).Selalunya weekend, memang dah jadi tradisi Umi utk buat arrangement / aktiviti yang perlu di buat for our famili.Well, so far cadangan2 yang bernas itu sentiasa ada.





 Kalau nak diikutkan, satu hari duduk sini pun ok, tp kesian pulak  nanti pada rakyat jelata hamba kan.So far banyak juga buku-buku menarik yang ada di sana. I suggest, rakan2 boleh la  luangkan masa one time. I want Aizat be one of the loyal member here one day.

Dalam masa masih terintai-intai suasana menarik kat sana , sempat le capai '3 harta' yg akan aku kerjakan sampai habis nanti...Tulisan Dato'Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah, memang dah lama nak cari, but quite pricy sikit...last2 jumpa kat tempat ni...Syukur.

Tempat bersantai-santai pun ada tau.Alamatnya ramai benor yg tak nak balik rumah sendiri ni!

Berrminat tak dgn tempat yg we all dah pergi ni? ni ha ada sedikit infor for you all tentang PPAS.Check it out yer.


Info tambahan:
- Perpustakaan awam Selangor ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.

Hottest Product