Thursday, October 27, 2011

Mengidam strawberry punya cerita-Part I

Dah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke Tanah tinggi Cameron ni. Tanpa dirancang, akhirnya jadi juga percutian kali ini. Oleh sebab jumlah ahli rombongan agak ramai (anak-anak ikan ni), so we decide to have an apartment only for this time. Save cost & budjet, lagipun senang untuk kaum ibu untuk sediakan makan minum anak-anak & kaum bapa.At least, budjet untuk hotel tu, boleh guna untuk beli buah tangan buat rakan-rakan sejawat, jiran tetangga, mertua , mak & abah serta anak-anak buah yang tak dapat pergi tu.

Mak & abah tak jadi nak join dan masing-masing dah ada anak, so x boleh la nak berhimpit dalam kereta macam sardin, then we decide bawa 4 kereta aje lah.


Ruang tamu yang agak luas,dengan 3 bilik


sebahagian hutan yang masih wujud di Cameron highland sekarang

Bertolak ke Cameron dalam pukul 7.30 am dr Klang. Kami singgah breakfast di hentian Rawang sekitar jam 8.00. Sambil menunggu ahli rombongan lain tiba, anak-anak seperti biasa excited bermain walaupun hujan renyai-renyai, kata ayah diaorang, nak test sweater- kalau pakai sweater sekali topinya, agak-agak basah tak? ;-P


Lepas angkut segala bagasi yang ada, we all turun padang ke pasar malam nya. Uikh, agak kagum dengan lautan manusia berpusu-pusu mencari barang.Memang x leh lari la, mesti cari strawberry ni! On d way dari tadi, aku dok berkira-kira, sedapnya rasa strawberry yg fresh dari farm , dengan merahnya, manisnya...so juicy lah....Paling tak boleh lupa, kami pakat-pakat rasa strawberry cicah coklat....haha....rasanya memang superb! No wonder CT minta benda ni sebagai hantaran dr Dato' K dolu2 tu kan.Er, gambar belum upload da...


2nd day: Taman Rama-rama

agak impress, dgn tempat ni, cakap je taman rama-rama, tapi boleh dikategorikan sebagai cute mini zoo.semua yang creepy, crawlies, ular bagai jenis tu ada kat sana, aku betul-betul tak tahan tengok ulat gonggok hutan sebesar ibu jari! geli geleman di buatnya....dah rasa cam dia merayap kat tengkuk!

excited tengok chipmunk makan jagung, cute sesangat



Aghib terpegun dengan butterflies


No comments:

Post a Comment

Hottest Product