Tuesday, April 12, 2011

Kenduri kendara

Salam pembuka bicara,

Kalau orang lain dok syok kumpul followers, aku lak nak update entry baru pun x da masa!..haha, nak buat camna, antara org yg bz untuk tahun 2011 yang bakal menjadi " Kaya & Berjaya"..Memang aku tengah bersemangat,kalau ler en. hubby baca entri ni, sure dia tersenyum simpul sbb dia lebih mengetahui & memahami apa yg terjadi...;-)


Alhamdulillah, last saturday , 9 apr 2011 we all bersama famili belah mentua (ibu & ayah tercayang), dengan jayanya mengadakan kenduri akikah bg cucunya yg ke-8, dan khatam Quran cucunya yg pertama. Majlis sederhana tp meriah tu semuanya di kelola oleh kami semua anak beranak.Dari menyiang udang, potong bawang, blender bahan2 memasak bahkan sampai bab2 katering, mendeko meja, atur makanan, susun kerusi ,susun meja, buat mini pelamin, hias sana, hias sini sampai basuh pinggan mangkuk semua kami handle.Bahkan semua baju kami yg vogue2 gitu dijahit oleh ibunda tercenta.Wah dengar macam happening je kan... tapi itulah ,kalau bergotong-royong, semua keje boleh jalan....


Wellcome to the world Aina Zulaikha


Ibu mertuaku yg vogue + cucu sulong Raja Anis yg khatam Al-Quran+ baby


Bapa mertuaku Hj Kamarudin (Cikgu Din).Terselit dibelakang belah kanan Atuk (Yahya)


Marhaban + cukur jambul
dr kiri: Ija + Nini (adik ipar), Mimi, Anis (anak buah)


Yang syoknya, tibalah masa untuk mengerjakan 2 ekor kambing panggang yg tergolek2 kat tepi laman rumah tu. Ni antara menu spesel kami untuk tetamu yg hadir hari tu.

So para tetamu yg hadir kami ucapkan trima kasih lah banyak2 sudi datang...Menu2 lain termasuklah sambal udang , lemak kuning pisang muda, rendang ayam pencen (ni memang nyum! nyum!) dan pelbagai kuih muih antaranya bubur chaca, kuih seri muka berlapis (my favorite), kek coklat, puding buah, kek gula hangus dan banyak lagi la sampai aku pun x sempat merasa semua makanan!  haha....meriahnya menu we all kan...tapi langsung x sempat snap gambar...






No comments:

Post a Comment

Hottest Product