Tuesday, April 9, 2013

Resepi triffle marbeles

Salam penuh keberkatan, sapu2 sawang dalam blog ni...hehe
dh lama benar tak update di sebabkan kebizian melanda tahun 2013 ni.Apapun syukur ya Allah atas nikmat mu....Tahun 2013 ,tahun sibuk dengan aktiviti2 berpekdah yg akan membawa byk perubahan dalam hidup kami sefamili, insyaAllah. doakan yer....

Jom ,nak share resepi lagi, ibu2 sekalian atau anak dara serta para bapa yg rajin, sila la praktiskan..
nanti kita share jadi ke tidak resepi ini,selamat mencuba!

RESEPI PUDING TRIFFLE

1 biji kek Chiffon dipotong-potong
1 tin susu cair
7 sudu custard bird dibancuh dengan secawan air
3 sudu susu pekat
2 cawan air
7 sudu gula
1 sudu kecil esen vanila
1 tin koktail, tapis buah dan asingkan airnya.
1 kotak Jelly (apa-apa perisa) dibancu dengan 2 cawan air panas.
1 pek jelly serbuk (tiada pewarna/clear) dan 2 cawan air
1 pek Strawberi untuk hiasan

Cara-caranya :
Susun kek chifon didalam bekas. Curah air koktail ke atas kek.Masakkan susu cair bersama 2 cawan air, kastard, gula, susu pekat dengan api yang sederhana sambil dikacau sentiasa. Bila kuah pekat dan mendidih. Tutup api dan masukkan esen vanila. Kacau lagi.
Tuang lapisan kastard ke atas kek dan ratakan. Susunkan buah koktail di atas lapisan kastard. Akhir sekali tuang jelly ke atas adunan tadi dan sususn buah strawberi sebagai hiasan.

2 comments: