Sunday, May 29, 2011

Bulan Mei penuh makna

Assalamualikum sahabat semua,

Tiap tahun, bila masuk jer bulan lima, mesti aku teringat balik kisah2 dolu2.Kalau semua pekerja sambut hari cuti bekerja 1 Mei, aku pulak masa tu berdebar untuk bersetuju untuk jadikan seorang jejaka bertuah ni sebagai teman hidup aku...Iyalah 7 tahun lalu adalah keputusan paling besar perlu aku buat untuk menentukan kebahagiaan aku sekarang. Terlalu cepat masa berlalu kan, anak first,Aizat pun next year dah masuk darjah satu, Zara akan masuk tadika, adik masuk apa yer...pergi 'sekolah' dulu la yer sayang.....




Banyak sangat rintangan & halangan yg berlaku masa majlis nikah aku ni.Mudah-mudahan , ia adalah tanda betapa kukuhnya ikatan perkahwinan kami dan semoga sentiasa dirahmati Allah dan mengingatkan kami masa waktu2 yg getir....




Ni nak rewind balik cite..., masa rombongan lelaki dr Klang nak bertolak ke Jengka, masa tu diaorang dah sangkut dlm jem berjam2 lamanya, sampaikan hampir2 rombongan nak berpatah balik! Alahai, nasib diaorang masih bersabar, kalau tak , kenduri ari tu tanpa ada pengantin la, tak ke haru namanya.Bila elok-elok je rombongan lelaki sampai Temerloh, tengah2 nak check in hotel , tiba2 bakal bapak mertua aku tumbang kat tepi van.Darah byk meleleh keluar kat kaki dia. Habis kecoh rombongan masa tu. Kelam kabut nak call ambulans,dah la masing2 dah penat travel, last2 dia kena admit kat hospital Mentakab.Rupa-rupanya, sakit buasir dalam perutnya dah pecah akibat terlau lama berpanas dalam van masa rombongan sangkut jem kat karak.

Makanya, malam nikah hari tu, rombongan lelaki sampai tanpa bapak mertua di sisi.Aku tak tahu la , apa perasaan suami ku masa tu.Yelah, patutnya masa nikah tu dia mesti nak ayahnya ada disisi kan.Anak lelaki sorang la katakan, so masa ni je nak tengok anaknya angkat nikah.Tapi nak buat macamna, majlis nikah tetap diteruskan. Nikah kat masjid jengka 23, tapi yg paling aku ingat, suami nampak tenang je malam tu ....Alhamdulillah, dgn sekali lafaz je, aku dah jadi hak orang lain.....








*all pic from handset


Aku rasa sangat bersyukur, tapi tak dapat aku nafikan yg aku sangat sedih masa tu....Dalam hati, aku menangis....Sedih sebab aku dah jadi isteri orang, bukan lagi dijaga mak & abah.Lepas nikah, rombongan dijamu nasi + sup tulang, lembu dah tumbang sekor utk majlis malam tu. Nak jadikan cite, sejak sehari sebelum majlis, air paip pulak tak de seluruh jengka, dah kecoh kami di buatnya. Abah awal2 lagi booking lori tangki utk angkut air dr loji.Bertong-tong air disimpan utk kenduri masa tu.Dah la ramai sedara mara dr Terengganu datang memeriahkan majlis, maknanya byk gile air nak guna masa tu.....dugaan.....dugaan....satu- satu dugaan datang.


pengantin bersama famili belah perempuan

Antara rakan2 yg hadir (pic. from handset)

Esoknya, lepas sanding untuk gambar,aku & suami terus ke hosp. mentakab utk berjumpa mertua.Rombongan terus nak check out hotel dan balik ke klang petang yg sama.Bila bersalaman dgn bapa mertua, tiba2 perasaan sayu tu x dapat aku tahan, sayu sangat rasanya...Dan hari tu juga jd sejarah,sebab pertama kali pengantin dtg hospital! Glamer sekejap, hehe...apapun itu lah kenangan yg amat sukar di lupakan.Moga kasih kami berpanjangan...


No comments:

Post a Comment

Hottest Product