Tuesday, June 28, 2011

Scary story

Salam pembuka bicara,

Tak pernah pulak rasa teramat-amat lah lajunya masa skrg ni...pejam celik,pejam celik...dah nak habis sudah tahun 2011....apa dah jadi dengan azam u all...dah tercapai ke belum...mari kita sama-sama check diri masing-masing...berhenti sejenak sambil berfikir...erm...

nice house, but can you imagine the view there?



Oh  sekarang ni hubby malam-malam on duty, so semua kerja-kerja surirumah dh berpatah balik pada aku sorang-sorang...kalau dak, anak-anak ade jer yang nak tido dengan ayah jer!!..tak nak umi, nak ayah jer! tak haru namanya tu.So , last 2 day dalam pukul 8.30 malam, Aizat & zara dah lena tido. Diaorang tido awal sebab tengahhari nya  diaorang langsung tak rest or nap.Jadinya tinggal lah aku & si kecik itu berdua je.

Tiba-tiba adik minta susu,
adik:"Umi nak susu cokelat".
Umi: "sekejap yer dik, umi buat susu..adik tunggu kejap yer". lalu Umi pun berlalu ke dapur menyediakan susu yang diminta si adik.bila Umi kembali ke ruang tamu, adik tengah menelangkup muka ke sofa.
Umi:" adik, kenapa buat mcm tu...."
adik:" adik takut"
Umi: adik takut apa?
adik:" adik takut hantu..." jawab si kecik penuh confident.
Umi:" mana ada hantu....tak ada pun, hantu mana adik"
Adik:"tu kat citu....", jawab adik sambil tangan menuding ke arah sofa 1 seater, tangan satu lagi menutup mata nya.waktu tu umi terus toleh ke arah yg dia tunjuk, tp tak da apa-apa....cool lagi

Umi:" mana ada dik, mana hantu?
Adik:"tu dia gi sana...", sambil tunjuk ke arah cermin....eeeee, masa tu Umi dah start berderau darah ni. Betul ke dia nampak ni....ala, meremang gak bulu roma ni....last-last Umi dah tak tahan sambil baca ayat kursi kuat-kuat dan lepas tu azan...

Umi:"adik hantu ada lagi tak?
Adik:"tak ade, dah habis....

Uikh, sampai sekarang Umi tak pasti cerita adik tu....
Moral of the story, banyakkan mengaji dalam rumah yer kawan-kawan.....Seram gak walaupun tak pernah nampak, pernah rasa jer....

No comments:

Post a Comment

Hottest Product