Monday, February 13, 2012

Aghib dah 3 tahun!

Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu...11 Feb pada 3 tahun lepas...dlm pukul 8 mlm, seorang bayi lelaki baru je kenal dengan dunia...kalau diikutkan, sakit bersalin tu masih ingat sampai sekarang...Subhanallah, hebatnya ciptaan Mu...

lahirnya bayi itu, suci dari dosa....tak kenal dan tak tahu apa-apa...semuanya dari zero....
Lahirmu membawa cahaya pengharapan
Penuh dengan rasa syukur , penuh dengan  rasa kasih, penuh dengan senyuman...
Kasih nya Umi pada mu Aqil Aghib, tak pernah padam & tak akan padam
Umi doakan agar Aghib menjadi anak yg Soleh, pendukung agama ...
Dihormati dan disegani kerana ketinggian ilmu yg dimiliki....Menjadi orang yg hebat & berjaya
Hidup di dunia & akhirat
Yang menyayangi & menghormati Umi & Ayah, di usia senja kami kelak


Aghib

Kata Aghib, sempena hari lahirnya, dia nak kek angry bird warna merah..oleh kerana Sabtu lepas x sempat nak hadiah kan angry bird itu, maybe petang ni akan beli seekor utk Aghib!


SELAMAT HARI LAHIR AGHIB!





No comments:

Post a Comment