Friday, May 11, 2012

Adventure Mommy

Alhamdulillah, aku masih bernafas, masih dapat mengingati-Mu, syukur atas apa yang aku ada,
anak- anak yg ku miliki, suami yang ku kasihi. Ketenangan yang ku alami, moga suasana ini berterusan.
Now cuaca x menentu, today sangat panas...

Be a good working ummi is not easy nowdays.Paling penting kena pandai control stress sendiri!Kalau diri sendiri stress, camner dengan rakyat lain di rumah tu...lagik stress kan..

Kata mak, walau sibuk mcamana pun, klu boleh pastikan dinner sentiasa tersedia buat suami + anak-anak.Ini sebagai pengikat kasih sayang buat mereka.Air tangan tu perlu diaorang rasa setiap hari.Paling bagus, amalkan selawat setiap kali membasuh beras,makanan basah / bahan-bahan memasak. banyak manfaat walaupun simple action.Setakat ni, dapat sediakan dinner je, utk bfast kadang-kadang je sempat.........
resepi istimewa mertua~ sotong kangkung

Bangganya rasa hari ni utk diri sendri,tahniah! Aku dah berjaya kumpul 1 gram lagi emas.Aku ni memang gila emas ..Apapun Alhamdulillah, The Power Of Gratitude!
Kalau di kira, dah hampir 10 gram dalam genggaman.Rasanya cara paling baik untuk buat pelaburan & simpanan adalah dalam bentuk emas.Banyak dah aku belek buku + website pasal benda ni.Harga emas semalam dlm 170.26 / gram.Waktu ni paling baik la utk beli banyak emas tau..rege tengah jatuh, tapi pastinya lepas ni akan naik memuncak.



Tahniah juga buat Aizat kerana sudah lancar membaca Iqra', rasanya dah boleh minta dia continue dengan Quran..Dalam kepala dah siap plan nak wat kenduri khatam Quran utk dia ,padahal dia baru je nak start.

 
Something to share here:
Ada orang pernah bertanya,

"Kalau betul Islam itu agama benar, kenapa ramai orang Islam yang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan Islam itu sendiri?"

Soalan itu, saya lebih suka untuk jawab dengan satu analogi yang ringkas.

Bayangkan, sebuah kereta dengan pemandunya di dalam. Kereta itu sangat cantik, lengkap tanpa apa-apa kerosakan pun. Tiba-tiba, ia terlibat dengan kemalangan.

So, siapa yang patut dipersalahkan? Kereta, ataupun pemandu kereta tersebut?

Menurut saya, sudah tentu pemandunya yang bersalah, kerana memandu tanpa mengikut peraturan sehingga berlakunya kemalangan.

Begitu juga keadaannya dengan Islam. Janganlah disalahkan agama, andai penganutnya melakukan perbuatan yang menyebabkan nama agama menjadi mangsa.

Islam itu sentiasa benar, tapi penganutnya belum tentu semuanya berpaksikan kepada kebenaran. 
Sebagai renungan.



No comments:

Post a Comment