Monday, May 28, 2012

Cuti sekolah bermula

Cuti sekolah dah pun bermula,Aizat sibuk claim dgn Umi untuk habiskan cuti 2 minggu di kampung.Serba salah kita di buatnya, ye lah kalau kita ni cikgu cikgi ok la juga kan, bercuti sama-sama anak-anak di kampung,lama -lama pun tak apa.Bila kata sepakat dah di terima, akhirnya lepas habis kerja Jumaat minggu lepas, kami bertolak ke Jengka. Dah hampir maghrib, tapi kami bertolak juga memandangkan masa agak suntuk.Boleh tahan juga trafik malam tu, agak perlahan juga sepanjang jalan dari Klang menuju ke Karak highway.

Bercuti di kampung memang anak-anak paling suka.Paling diaorang suka main dekat belakang rumah mak, bawah pokok rambutan. Itu memang best lepak sambil main buai laju-laju.Pokok limau nipis pun subur kat situ, berbuah lebat hampir sepanjang masa.Pokok-pokok ulam termasuklah kacang botol, buah peria katak,daun kesum, bunga kantan, pandan,serai sampai ke cili padi semua nya subur kat tepi dan belakang rumah mak.Alhamdulillah, mak masih sihat cuma katanya sakit lutut kadang-kadang menyerang.Abah pun sihat wal'afiat. Lama dah tak balik kampung, tapi kerap jumpa mak & abah bila diaorang datang rumah adik-adik haritu.


Dah hampir 32 tahun mak menetap di situ, kiranya kampung tu dah sebati dengan jiwa aku ni.Walaupun aku lahir di terengganu, tapi dibesarkan kat situ, sek. rendah pun kat situ.Erm, teringat pula masa aku kecik2 umur baya anak-anak aku sekarang.Berlari sana-sini main lumba lari, main sorok-sorok, polis sentri la, guli, anyam daun kelapa jadi burung + bola, buat layang-layang sendiri.Memang indah di kenang hidup di kampung ni,bebas nak buat apa sahaja sebagai kanak-kanak yang memang suka mencuba benda baru. jadi aku faham kenapa Aizat minta macam tu.Cuma takut menyusahkan mak pula, nasib adik bongsu ku ada boleh la tengok kan Aizat.


Selamat bercuti juga buat semua rakan-rakan,guru-guru serta anak-anak murid semua, manfaatkan cuti kali ni dengan perkara yang bermanfaat sahaja!

No comments:

Post a Comment