Monday, June 18, 2012

Perginya The Last Rozario Legend

Salam semua , Alhamdulillah sempat lagi bersua Rejab & Ramadhan yg kian menjelma. Penat sudah saban hari mengejar masa yg dirasakan terlalu laju speed nya.Makin hari , usia makin bertambah, menyebabkan diri ini dah rasa macam tak mampu lagi nak masuk gear 4, paling laju pun smpai gear 3 jer...Oh, bulan jun pun dah nak habis maksudnya, separuh dr tahun ni dah tiada.

 Bila fikir semula, apa yang dah berjaya aku capai untuk tahun ini? Mana perginya azam aku, tercapai atau belum?...rakan-rakan pula bagaimana ?

Last weekend juga agak bz dengan majlis tahlil & doa selamat, sedar tak sedar dah lebih 44 hari sudah atuk meninggalkan kami semua, semoga arwah atuk Yahya bin Abdullah bersemadi dengan aman & dirahmati oleh Nya.Atuk pergi saat usianya mencapai 78 tahun, ikut IC.Tapi katanya masa masih hidup, usia dia dah 80++, biasa la kan orang dulu-dulu mungkin agak lambat register kelahiran anak.Mungkin kata-kata atok ada betulnya kalau di lihat dr fizikalnya.

Walaupun atuk yahya, adalah atuk sebelah suami, tapi hati aku terasa sayu jua saat kehilangan nya.Mana mungkin aku dapat lupa kelibat atuk.Tiap kali balik kerja, bila ada masa terluang aku akan berborak dengan atuk.Cuba dengar apa sahaja cerita yang dia nak beritahu aku...walaupun banyak cerita dia pasal perkara-perkara atau cerita2 masa mudanya, aku cuba juga untuk dengar & berkongsi perasaan dia.Ye lah apa lagi yang mampu atuk buat selain dari menonton tv & melihat anak serta cucunya berlari sana sini.Dia lumpuh sebahagian badan.

Atuk sebenarnya dah lama sakit, pernah beberapa kali kena strok & dah tak mampu berjalan tanpa bantuan tongkat.Di akhir hayatnya, pernah beberapa kali mengadu dekat aku ,dia sakit perut.Memang atuk pernah pergi operation,dan juga disahkan darah tinggi.Sebenarnya, dah banyak cara untuk berubat sakit atuk, tapi Allah lebih sayang kan nya. Pergi nya atuk ke pangkuan Penciptanya, bermakna tiada lagi generasi awal Rozario yang berasal dari Belanda/Jawa ini.


:-(





**Bersambung..

No comments:

Post a Comment

Hottest Product