Thursday, December 8, 2011

Bye Bye Tadika

Cuti sekolah dah hampir masuk minggu ke-3, anak-anak sekolah la yang paling bahagia saat ini.
Ada yang menghabiskan masa cuti ikut kem-kem motivasi, kem jati diri. Ada juga yang bercuti habiskan masanya di kampung sambil-sambil melawat atuk & nenek, sedara mara serta sepupu sepapat.Si aizat pun kali ini,bagi memenuhi impiannya, kami hantar dia balik kampung.Katanya abang tak nak Umi & ayah bekerja, so what do you aspect my dear?...Umi tahu ,abang bosan dengan rutin harian right.So that's why Umi & ayah send you to stay at Kampung Jengka for about 2 weeks only. Tak leh la lama-lama coz next week nak ajak abang gi holiday to Teluk batik & Penang.....huhu...

Bercerita pasal kampung, terus jadi homesick...huhu.Lagi-lagi musin buah macam ni,teringat kat rambutan depan pangkin dekat dapur mak, durian isi kuning dekat dusun buah belakang kedai abah, cempedak di luar pagar kat rumah arwah Pak Nuh, rambutan gula batu belakang rumah mak, rambutan kuning rumah Bapak,buah dokong dusun rumah Mek kat Paya Jauh, pisang nangka goreng yang mak masak.Bak kata orang, suasana kampung tu lagi manis dengan suasana bandar yg sesak & hiruk pikuk ni.nak buat camna, aku ni orang kampung walaupun nampak aku ni cam budak metropolitan...haha.






You all tengok gambar pokok pisang ni, menarik kan.Sekarang ni banyak sangat benda-benda pelik yang berlaku.Perangai manusia pun banyak yang pelik-pelik. Inilah hakikatnya kita perlu terima bahawasanya, dunia dah makin tua, dunia dah hampir ke penghujung usia,dunia dah tak mampu tanggung dosa-dosa & kerosakan yg dibuat manusia. Semua ini adalah tanda-tanda kecil kan. Cuma bila dah datang tanda-tanda besar itu, maka waktu itu tiada apa yg manusia dapat lakukan.Maka marilah kita bermuhasabah diri kita, sebelum datang waktu yang dijanjikan itu...**Mood Insaf di pagi Jumaat

No comments:

Post a Comment