Wednesday, December 28, 2011

Mana CF untuk rumahku?

Pagi-pagi on the way ke tempat kerja, http://www.ikim.fm/ utarakan pasal rumah terbengkalai..Alahai, kenapa la masalah camni masih wujud di bumi m'sia ni. kan ramai para ilmuwan & cerdik pandai, yang berpangkat besar-besar , patutnya isu seperti ini telah lama di selesaikan. Kalau baca paper, atau tengok Buletin utama semalam, 8 tahun beb, tunggu rumah untuk  dapatkan kunci! Alih-alih sampai la ni pun belum dapat lagi..Siapa yang tak bengang kan, sabar pun ada had & masa serta keadaan kan. Kalau tak silap kita, tiap rumah yang nak dibuat tu, developer kan istihar bila jangkaan rumah akan disiapkan, so dalam kes ni, tak boleh la nak salahkan pembeli je.

Patutnya pihak berwajib perlu ada garis panduan baru untuk developer & pembeli rumah, maybe bank patut hold payment kpd developer hingga rumah dpt CF, atau ada cadangan lain yang perlu dan memuaskan hati serta paling penting tiada pihak rasa dianiaya.Kekadang banyak developer, bila dpt payment terus hilang, rumah nya lum nampak tiang lagi.Yang sesak dan gundah gulana pembeli juga yg terpaksa bayar interest & ada yang dikejar pihak bank dan ada juga sampai di isytihar muflis!


rumah idaman ke-2

Huhu, rasa sedih dan kesian dengan nasib rakan-rakan yang terlibat di luar sana. Sebab kita pun owner pada sebuah rumah idaman! perasaan itu memang perit untuk ditanggung lebih-lebih lagi yang dah beranak -pinak.

Apa pun moga keadilan akan tertegak di bumi tercinta ini.
Oh banjir melanda lagi di daerah Kelantan, terengganu dan Perak, seram juga tengok cuaca macam tu yer..

No comments:

Post a Comment

Hottest Product