Sunday, November 27, 2011

Awal Muharam, apa azam baru ku..

 Alhamdulillah,

masih sempat menyambut tahun baru. seperti tahun sebelumnya, tiap kali masuk jer tahun baru.masing-masing pakat dok berazam benda baru...tapi sedarkah kita, selain dr azam benda baru, kita juga kena selidik samada azam tahun2 yg lalu sudah dicapai atau masih tinggal azam sahaja....er, peringatan untuk diri sendiri juga.oh, ni antara azam tahun baru aku yer...rakan2 pula bagaimana? jom kita share AZAM TAHUN BARU 1433 HIJRAH:



moga satu hari nanti,pasti tercapai semua azam & impian!

1.nak pastikan solat di awal waktu (juga galak anak2 rajin&suka bersolat)
2.lebih banyak bersabar, bknkah sabar itu sebahagian dari iman.
3.lebih banyak senyum & tenang
4.didik anak2 menjadi lebih positif dlm kehidupan
5.aku akan lebih kuat hadapi tekanan & cabaran hidup
6.lebih banyak masa akan dihabiskan utk menambah ilmu,terutama mendalami Al-quran
7.Tahun ini aku akan menjadi orang yg lebih berjaya dalam kerjaya mahupun rumahtangga.
8.income sekurang-kurangnya 10k sebulan,pasti dalam gengamanku..
9.akan dinaikkan pangkat? pasti berlaku & aku percaya, aku boleh lakukannya!
10.lebih dikenali kerana ilmu, bkn kerana lagak sombong & perkara2 yg kurang elok.
11.makin Istiqamah dlm setiap apa yg ku lakukan, moga dlm redha Mu ya Rabb
12.memiliki bisnes yg luar biasa sambutannya.....
13.Meluaskan empayar perniagaan ke seluruh dunia!
14.sponsor mak& abah menunaikan haji buat kali ke-2 they all ke sana
15.memilki banglo di tanah sendiri,untuk istirehat di hujung minggu
16.memilki beberapa siri rumah sewa di kg halaman....
17.berpindah ke rumah baru yang lebih besar dan selesa
18.memiliki sebuah lagi kereta idaman..... slyphy/camry/vios/myvii extreme...no plate BLxxxxx. utk memudahkan aku vrooom kehulu-ke hilir
19.bercuti bersama famili tercinta ke pulau idaman: pangkor laut/perhentian island
20.lebih cergas bertenaga & sentiasa awet muda....
21.......to be continue**

No comments:

Post a Comment