Wednesday, July 6, 2011

Sorry... Tak Cukup MASA!
"Tak cukup masa"... "sibuk sangat"
Mungkin itulah alasan yang paling ketara sekali di zaman ini.
Anda pernah tak guna alasan ini?  Saya pernah! Walaupun so far rasanya saya belum jadikannya alasan untuk terlepas menulis email kepada anda- walaupun sememangnya saya sibuk :)
Apa sahaja kerja yang kita lakukan memerlukan masa. Tak kira kerja apa. Dengan itu, memang kita tidak boleh lari dengan masa. Perlu ingat, semua orang mempunyai masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Ianya bergantung pada setiap individu bagaimana hendak membahagikan masa mereka.
Satu strategy saya dalam menguruskan masa saya adalah strategy 10/90.
Strategy ini mengatakan, kita perlu menggunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa kita, dan ini akan menjimatkan 90% daripada masa kita dalam mencapai sesuatu matlamat (jangka panjang atau jangka pendek).

My inspiration!

Adakah anda merancang masa anda? Maksud saya, benar-benar merancang sehingga mengambil masa 30 minit-1 jam hanya untuk merancang masa?  
Kalau tidak, anda perlu mulakan merancang masa anda 10% untuk menjimatkan 90%! Ambil pen, dan kertas, dan tuliskan apa yang anda perlu lakukan hari ini/minggu ini/bulan ini besertakan deadline sekali.
Berhenti dari menggunakan perkataan "Tak cukup masa" atau "sibuk sangat" dari penggunaan anda. Oleh kerana pada hakikatnya, memang semua orang kalau ikutkan "Tak cukup masa". Anda perlu mula mencari masa untuk melakukan perkara-perkara yang produktif .
Dengan cara ini sahaja, anda akan MENCARI MASA dan tidak menjadikannya alasan!


Sebab itu lah agaknya ya adanya pepatah melayu, MASA ITU EMAS!  ;-)

No comments:

Post a Comment