Wednesday, March 7, 2012

Kota Bharu bandar aku paling suka gi Jale...

Salam pembuka bicara...

Walaupun aku ni anak kelahiran Terengganu, selain dr bandar kelahiran...ada lagi bandar yg aku sangat suka!...KOTA BHARU....

aku suggest kalau nak bermalam di sana ,boleh la ke hotel Renassaince, bersebelahan je dengan Mall.
Nak cuci mata je, turun ke lobby dah nampak kedai jual kasut berdepan dengan kaunter hotel.Awesome betul...
Antara makanan yg patut korang cuba kalau menginap di hotel ni....tapi bukan hotel punya,ini gerai mari.Kuih cakoi goreng kat belakang hotel tu memang sedap!..Hairan juga cara dia uli tepung tu sebab tak banyak minyak jika dibandingkan dengan kuih cakoi yang biasa di jual ni...kuih nya kecik-kecik je (tak de pula gambar nak tunjuk)

Apapun, antara benda yang akan aku beli kat pasar besar Siti khadijah tu tak lain tak bukan, 7 jenis bunga hidup untuk buat mandi...memang best! Terasa aura makin kuat bila mandi bunga dia tu.Satu lagi, boleh juga cuba serbuk lulur kunyit dia serta bedak sejuk...Lulur dia pun not bad. Erm , pendek kata Kota Bharu memang tak mengecewakan....Belum cerita pasal makanannya...Memang superb! sebut je kuih muih glamer tu ,hari-hari ada jual di pasar.Sotong goreng celup tepung tepi pantai pun tidak kurang hebatnya..


Kalau sesiapa kaki shopping, molek benar la kalau singgah malam-malam di Wakaf Che Yeh...rambang gak la mata dibuatnya..Pesanan penaja, sila adakan extra money kalau ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni..

InsyaAllah next week trip ke sana lagi buat kali yang entah ke berapa....

Jom holiday!




No comments:

Post a Comment

Hottest Product