Sunday, March 25, 2012

Menu petang: cempedak goreng

Petang ahad yg agak releks, cuaca agak sejuk selepas hujan sekejap tadi.Petang2 macam ni, selalunya mesti ada sst yg perlu ada utk minum petang. Malas juga nak masak, tapi kena ada utk alas perut petang.Ada sekali tu goreng cempedak sampai tak cukup.Lama juga tak goreng, maklum la kena tunggu musim baru ada..

ada petua yg patut u all cuba kalau nak goreng cempedak. Dalam bancuhan tepung  tu,cuba tambahkan kelapa parut dan juga sedikit kapur makan.sukatannya dalam secubit kapur dan dua sudu besar kelapa parut. pasti lepas ni, cempedak goreng u all amat la sedap.Boleh juga dibuat untuk bancuhan tepung goreng pisang.Petua ni petua turun temurun dari arwah tok.
silap haribulan, donut dari Big Apple pun kalah!



rupa-rupanya, minat Aizat sama dengan Uminya, donut kacang almond

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment