Friday, March 2, 2012

Bahana Demam Virus

Salam pembuka bicara,

Alhamdulillah , akhirnya kami semua kembali sihat spt sediakala....masa raya cina baru ni, kami berpeluang menghabiskan cuti di kampung jengka.Seronok tengok anak-anak dapat main sepuasnya, dapat kait buah rambutan, pagi-pagi lagi dah bersarapan dengan cempedak goreng. Pergh, memang kesukaan aku tu! tak nak lepaskan peluang walaupun setengah orang tak berapa nak sesuai kan...

Sempat juga bawa Aizat, Zara+ Aghib pi terjun kolam di Sg Tekam Resort bersama sepupu sepapat diaorang..Sakan yer korang main air. Last2 lepas balik dari kampung, kami semua dilanda demam virus melampau...mulanya aku yg kena, tengah2 malam Khamis tu, bila terjaga tengok budak-budak semua tak lena tidur. Ya Allah, panas nya badan diaorang.Akibatnya sejak khamis itu, aku + anak-anak demam teruk sampai tak boleh bangun....Resah dan susah hati aku dibuatnya. Dah la weekend tu hubby tak de, jadi driver rombongan mertua bersama staffnya ke utara dan langkawi.

Nak tak nak aku kena kuat semanagat, demi anak-anak umi. Nak makan pun susah, ye la tak mampu nak masak semua tu. Last-last makan je nasi walaupun berlaukkan telur goreng + kicap. Walaupun tak lalu, jadila untuk alas perut.

Kalau tak silap, ni mesti ada kaitan juga dengan limau cina.Bisa betul limau ni kan, ye la pasti banyak ubat utk awetkan limau tu. Ada setengah orang tu, boleh dapat lelah kalau makan...Apapun, disebabkan cuaca sekrang ni panasnya terlalu ekstrem, aku dah tak suka lagi bawa budak-budak ke tempat public.Dah serik kena demam macam tu lagi...Tekak masih payau & kelat rasa antibiotik!


Aktiviti hujung minggu, pusing-pusing tasik shah alam



Nampak tak beg glamer tu..ada kenal?






No comments:

Post a Comment